Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah diasaskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan secara rasminya telah diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] oleh YB Menteri Datuk Seri Takiyudin bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai 2021 dengan nombor pendaftaran PPAB-22/2021.
Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) juga dahulu dikenali sebagai Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA yang diuruskan oleh Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA.
Penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi, kesihatan dan juga pendidikan masyarakat yang memerlukan di Malaysia melalui pengagihan sumbangan secara teratur dan sistematik.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) , sila layari laman sesawang rasmi: https://yayasaninfaqangkasa.com/
