ANGKASA telah menganggotai International Cooperative Alliance (ICA) sejak tahun 1972. Penglibatan dan peranan aktif ANGKASA di peringkat serantau ASEAN serta global telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Malaysia dipilih sebagai Tuan Rumah International Cooperative Alliance Global Conference and General Assembly (ICA-KL) yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Sebagai badan apeks gerakan koperasi negara, ANGKASA berperanan sebagai penghubung strategik, wakil rasmi dan penyelaras antara gerakan koperasi Malaysia dengan rangkaian koperasi antarabangsa termasuk International Cooperative Alliance (ICA), International Cooperative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP), ASEAN Co‑operative Organization (ACO) serta badan-badan apeks koperasi di peringkat global.
Peranan ini dilaksanakan bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa, memperluas jaringan strategik, memperkasa perkongsian inovasi, kemahiran dan amalan terbaik serta memastikan kepentingan dan suara gerakan koperasi Malaysia terus diiktiraf dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.
