KOPSYA

KOPSYA, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sebelum tahun 2009, ANGKASA telah terlebih dahulu terlibat dalam menawarkan kemahiran pendidikan dan pembelajaran melalui penyediaan kursus-kursus pendek, seminar, konvensyen dan penyiaran, khas untuk ahli-ahli dan kakitangan koperasi serta Lembaga Pengarah mereka.

Selepas tahun 2009, satu konvensyen mengenai hala tuju strategik ANGKASA telah diadakan rentetan daripada Mesyuarat Agung Tahunan ANGKASA pada 26 Disember 2009, di mana Pengerusi ANGKASA, Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum membentangkan hala tuju strategik bagi ANGKASA, dan mengumumkan hasrat untuk mewujudkan sebuah bank koperasi untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, atau Bank Koperasi Islam -‘Islamic Cooperative Bank’ (ISCOBA/ICB).

Walaubagaimanapun, sebagai momentum dalam usaha untuk menubuhkan Bank Koperasi Islam, terdapat isu-isu, sekatan dan perjanjian-perjanjian yang ditetapkan oleh sekuriti, kewangan dan pihak berkuasa dalam pembentukan ICB ini di samping isu “boundary management” dan beberapa perkara dalam rangka kerja kawal selia koperasi yang tidak menyokong pembentukan Bank Koperasi Islam ini.

tahun 2012. Yayasan ANGKASA bertanggungjawab menyediakan kemudahan bantuan pembiayaan boleh ubah (PBU) ke biasiswa kepada anggota dan anak-anak anggota koperasi yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda manakala pembiayaan bagi Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Awam (UA) dan Swasta (US) dalam negara serta menjalankan kebajikan sosio-ekonomi.

Matlamat utama penubuhan Yayasan ANGKASA adalah membantu melahirkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi, masyarakat dan negara amnya. Di samping menyediakan bantuan pembiayaan pendidikan, Yayasan ANGKASA memberi kursus dan program-program tahunan kecemerlangan pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan mengekalkan prestasi pelajar seperti Kursus Motivasi, Kursus Kaunseling, Kursus Persediaan Pekerjaan dan Kursus Keusahawanan serta Kursus Kemasyarakatan.

Oleh itu ianya memberikan cabaran besar kepada Jawatankuasa Pengemudi ANGKASA. Bagi mengatasi kebuntuan ini, KOPSYA telah ditubuhkan dengan menggunakan platfom koperasi yang diberi mandat untuk menyediakan perniagaan perbankan Islam seperti tujuan asalnya. Walaupun pelan induk ICB yang asal telah dipertikaikan, nilai dan hasratnya masih kekal relevan. Oleh yang demikian, KOPSYA  disokong dan disahkan secara rasmi oleh Menteri Koperasi, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan pada 07 Julai 2011, dan pembentukan KOPSYA  telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Untuk maklumat lanjut berkenaan KOPSYA, sila layari laman sesawang rasmi: https://kopsya.coop/