Mengenai ANGKASA
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah didaftarkan pada 12 Mei 1971 di bawah Ordinan Koperatif 33/1948. ANGKASA ditubuhkan hasil daripada cadangan Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
ANGKASA telah diangkat sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia. Pada 23 Mei 1996, perisytiharan pengiktirafan ini telah diwartakan.
“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 57(2)(b) Akta 502 Akta 502 Akta Koperasi 1993, Menteri mengisytiharkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sebagai badan yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” menurut [KTPK.(S)07/49/1/9: PN. (PU2) 572/III].
ANGKASA sebagai badan apex gerakan koperasi negara ANGKASA juga turut menganggotai ASEAN Cooperative Organization (ACO) dan International Cooperative Alliance (ICA).
Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi
ANGKASA Komited untuk Menjadi Pemangkin Kecemerlangan Sosioekonomi Gerakan Koperasi ke Arah Globalisasi dengan:
- Mempelopori dan Memperkasa Jaringan serta Rantaian Nilai Perniagaan Sektor Ekonomi Koperasi;
- Membudayakan Keusahawanan dalam Koperasi;
- Memperkukuh Pengamalan Tadbir Urus Berdasarkan Jati Diri Koperasi; dan
- Mentransformasi Landskap Ekonomi Koperasi Selaras dengan Perkembangan Inovasi dan Teknologi.
Menyatu dan mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa;
Merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dengan mengenal pasti dan memajukan bidang perniagaan baharu, membangun dan memperkukuhkan perniagaan sedia ada serta mewujudkan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa;
Meningkatkan kefahaman dan pengamalan nilai serta prinsip koperasi tulen selaras dengan Kenyataan Jati Diri Koperasi oleh Rekomendasi ILO 193 yang mengiktiraf koperasi sebagai Ekonomi Sosial dan Perpaduan [Social and Solidarity Economy (SSE)] yang berkesan untuk pembangunan ekonomi, sosial dan budaya masyarakat;
Membangun dan memperluaskan perniagaan koperasi dengan tumpuan kepada sektor ekoonomi utama, dan
Mengantarabangsakan gerakan koperasi dengan tumpuan kepada perkongsian ilmu pengetahuan, teknologi serta pengembangan perniagaan.
(Aspirasi Koperasi Malaysia, 2022)
Matlamat ANGKASA sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ialah:
- penggabungan semua koperasi dalam Malaysia;
- memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan dan pembangunan pergerakan koperasi;
- memudahkan operasi koperasi anggota; dan
- menggalakan prinsip-prinsip koperasi.
Syarat Keanggotaan ANGKASA
- Sijil perakuan pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Undang-undang kecil koperasi
- Senarai maklumat (Nama, Nombor telefon dan Nombor kad pengenalan) Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman
- Cabutan minit Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi persetujuan menjadi koperasi anggota ANGKASA.
- Pelantikan sebagai anggota ANGKASA tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA)
- Bukti pembayaran sepertimana lampiran (bayaran sekali masuk sahaja)
* KOPERASI | ||
JENIS | DEWASA | SEKOLAH |
KOPERASI ASAS | RM100.00 | RM30.00 |
KOPERASI MENENGAH | RM200.00 | RM50.00 |
KOPERASI ATASAN | RM300.00 | RM100.00 |
* Koperasi anggota ANGKASA tiada saham