Anak Syarikat

Struktur Anak Syarikat ANGKASA

Bagi memastikan kepentingan dan perkembangan strategik, ANGKASA telah menubuhkan tiga anak syarikat utama, iaitu:

  • MyANGKASA Holdings Sdn Bhd
  • ANGKASA KoMARDI Dairy Sdn Bhd
  • ANGKASA Research & Certification Sdn Bhd

Dua daripada anak syarikat ini beroperasi secara langsung di bawah ANGKASA tanpa melibatkan kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn Bhd. Struktur ini membolehkan setiap entiti memberikan tumpuan khusus kepada bidang perkhidmatan masing-masing, sekaligus memperkukuhkan peranan ANGKASA dalam sektor koperasi dan pembangunan industri.

MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB)

Pada tahun 2012, Persidangan Tahunan ANGKASA ke-28 telah meluluskan rancangan Perniagaan ANGKASA bagi menubuhkan subsidiari yang akan mengurus dan melaksanakan pengembangan aktiviti perniagaan ANGKASA. 

Sehubungan itu MyANGKASA Holdings Sdn Bhd telah diperbadankan pada Disember 2012 dan memulakan operasinya secara rasmi pada April 2013.

MyANGKASA Holdings Sdn Bhd
Suite 310, Block A, Glomac Business Centre,
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya 47301,
Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-78846788
Laman web: www.myangkasaholdings.com
Email:
 secretary.mhsb@gmail.com

Program Penghargaan kepada Pelanggan SPGA (Insuran)

Tel: 03- 7884 6633 (En Amin)
Tel: 03 – 7884 6629 (En Saiful)
Email: insuran.mhsb@gmail.com

Unit Operasi SPeKAR MHSB

Tel: 03-78846788 (En Syahrir & Cik Lydia)
Email: spekar.mhsb@gmail.com

MyANGKASA Holdings Sdn Bhd adalah cabang pengembangan aktiviti perniagaan ANGKASA yang membangunkan dan menguruskan perniagaan dengan rakan kongsi dalam dan luar ruang koperasi. 

Perniagaan-perniagaan ini akan dijalankan melalui pembentukan anak-anak syarikat seperti berikut:

MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB)

Ditubuhkan sebagai syarikat pemegang amanah bagi menguruskan hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka, hibah dan wasiat.

Suite C401, Block C, Glomac Business Centre,
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301, Selangor

Tel: 03-7887 5600 / 03-7887 4300
Fax: 03-7887 2300

Email: admin@myangkasaamanah.com.my  
Laman Web: www.myangkasaamanah.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/myangkasaamanah

MyANGKASA Bina Sdn Bhd (MBSM)

Ditubuhkan untuk bersama membangunkan tanah milik ahli koperasi atau tanah koperasi dan menyediakan perumahan yang mampu dimiliki untuk ahli koperasi.  Disamping itu juga mempelopori bidang perniagaan hartanah seperti pengurusan projek, pemaju hartanah dan pembekalan bahan binaan.

Suite C202, Block C, Glomac Business Centre,
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,47301, Petaling Jaya, Selangor

Tel: 03-78875077
Fax: 03-78873677
Email: info.myangkasabina@gmail.com
Facebook: FB/myangkasabina/

MyANGKASA Dialisis Sdn Bhd (MDSB)

Ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan dialisis serta memberi khidmat nasihat kepada koperasi untuk membuka pusat dialisis baru. Kini terdapat dua cabang Pusat Dialisis MyANGKASA iaitu di Temerloh, Pahang & Alor Setar, Kedah.

Suite 310, Block A, Glomac Business Centre,
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya 47301, Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-78846788
Email: myangkasa.dialisis@gmail.com

MyANGKASA Farmasi Sdn Bhd (MFSB)

Ditubuhkan untuk meneroka bidang perniagaan berasaskan farmaseutikal.  Perniagaan syarikat memfokuskan kepada pembekalan ubat-ubatan, produk kesihatan dan kelengkapan perubatan bagi kedai penjagaan diri serta pusat dialisis milik koperasi serta ahli koperasi.

Aktiviti perniagaan utama yang sedang dijalankan oleh MyANGKASA Farmasi Sdn Bhd adalah pembekal utama bagi Projek Pembelian Barangan Kesihatan Berpusat serta Penjenamaan COOPFARMASI.

Suite 310, Block A, Glomac Business Centre,
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya 47301, Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-78846662
Email: coopfarmasi.myangkasa@gmail.com

Laman web: https://coopfarmasi.storehub.me

Facebook: facebook.com/coopfarmasihq

MyANGKASA Services Sdn Bhd (MSSB)

Ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang telekomunikasi, inovasi dan peruncitan.  Projek terkini yang sedang dijalankan oleh MyANGKASA Services Sdn Bhd adalah menjalankan Projek Tenaga Solar yang terletak di Pendang, Kedah.

Suite 310, Block A, Glomac Business Centre,
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya 47301, Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-78846788
Email: myangkasaservicessolar@gmail.com

ANGKASA KoMARDI Dairy Sdn Bhd (AKD)

Ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan di bawah Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Heifers’ Park ANGKASA.  Projek perniagaan ini adalah projek pembangunan bersepadu yang akan melibatkan ternakan lembu tenusu dan pembakaan lembu tenusu serta pembenihan berpusat. 

Projek perniagaan akan dilaksanakan di Kandang 2, Projek Pertanian Moden, Kluang, Johor milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

ANGKASA KoMARDI Dairy Sdn Bhd (AKD)

Suite 310, Block A, Glomac Business Centre,
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya 47301, Petaling Jaya, Selangor.

Operasi Projek:

Plot B, Tapak Projek Pertanian Moden,
KM13, 86000 Kluang, Johor

Tel: 03-78846788
Email: coopdairy.malaysia@gmail.com / coopdairy.malaysia@angkasa.coop

ANGKASA Research & Certification Sdn Bhd (ARC)

Penubuhan ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. atau ARC Sdn. Bhd. adalah hasil daripada Memorandum Persefahaman antara ANGKASA dengan Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia) yang telah ditandatangani pada 9 Mac 2018.

Syarikat yang merupakan anak syarikat milik penuh ANGKASA ini telah diluluskan penubuhannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 29 Ogos 2018 dan seterusnya di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 14 November 2018.

ARC Sdn Bhd menumpukan perhatian kepada beberapa bidang yang antara lain adalah seperti berikut:

  • Perundingan ke arah pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
  • Perundingan ke arah pensijilan halal
  • Badan pensijilan
  • Kursus berkaitan pensijilan
  • Kesetiausahaan dan pencukaian

ANGKASA Research & Certification Sdn Bhd

Suite 310, Block A, Glomac Business Centre,
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya 47301,
Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-78846702
Email: angkasa.research.certification@gmail.com
Laman Web:  angkasaconsultancy.com

Kedah

Koperasi Sekolah

0

Lain-lain Koperasi

0

Tutup/Batal

0

Jumlah

0