8 sektor peneraju pembangunan perniagaan koperasi:
Pemerkasaan sektor koperasi oleh ANGKASA disokong oleh teras-teras yang berpaksikan kepada Dasar Koperasi Malaysia (DAKoM) 2030 melalui lapan (8) sektor pembangunan perniagaan koperasi, perkhidmatan ANGKASA dan jaringan Koperasi di peringkat nasional dan global.
ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara yang mewujudkan jaringan perniagaan berdasarkan Sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi akan sentiasa mengukuhkan tadbir urus, modal insan dan memperkasa integriti koperasi bagi melestarikan gerakan koperasi negara.

VISI
Sebagai hub dan penyumbang pendapatan utam dalam Gerakan Koperasi.
MISI
Menjadi platform yang dapat memperkasakan serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak Gerakan Koperasi dari konteks perkhidmatan kewangan termasuk dari aspek pengiktirafan, undang-undang, sumber modal dan produk.
OBJEKTIF
- Menyokong dan meransang sepenuhnya penubuhan Bank Koperasi yang akan menjadi pusat dana bagi sektor koperasi.
- Memperkasa produk koperasi berunsurkan kewangan untuk kompetitif dan berdaya saing.
- Sebagai platform untuk meminda undang-undang yang tidak mesra koperasi.
- Memperkasa dan mendapatkan pengiktirafan kerajaan agar Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) menjadi one stop centre untuk sektor koperasi dan bukan koperasi serta disokong sepenuhnya dengan tatacara kelestarian kredit.
VISI
Sektor koperasi menjadi entiti perniagaan yang kompetitif, berdaya saing dan berbudaya keusahawanan.
MISI
ANGKASA sebagai peneraju sektor ekonomi koperasi berperanan untuk membudayakan kemahiran digital dalam gerakan koperasi serta mengaplikasi teknologi moden bagi menambah nilai produk dan perkhidmatan yang berinovasi untuk meningkatkan perolehan dalam bidang ekonomi yang diceburi seperti;
- Penggunaan e-dagang sebagai agen bagi memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka.
- Penglibatan koperasi dalam bidang telekomunikasi sebagai perniagaan.
- Penglibatan koperasi dalam teknologi hijau sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat di samping menghasilkan pendapatan baru.
OBJEKTIF
1.Menyediakan prasarana digital terbaik kepada komuniti koperasi.
2.Menyediakan kemudahan asas e-dagang bagi memperluaskan pasaran dan memantap ekonomi gerakan koperasi.
3.Melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan bermaklumat.
4.Membudayakan teknologi hijau, menjamin alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.
VISI
Menjadi pemangkin pembangunan koperasi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang profesional melalui sektor pemborongan dan peruncitan menjelang tahun 2021.
MISI
Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta merangsang penglibatan koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan melalui pengurusan dan perkhidmatan yang profesional.
VISI
Menjadikan sektor perladangan gerakan koperasi lebih berdaya maju dan memberi impak yang besar.
MISI
Memperkasakan koperasi perladangan dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil perladangan.
STRATEGI
- Pelaksanaan projek-projek perladangan secara berkelompok dengan menggabungkan koperasi.
- ANGKASA bertindak selaku peneraju dan pemudahcara dalam melaksana projek.
- Pelaksanaan projek secara bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi dan jabatan kerajaan serta pihak swasta
- Mengadakan rundingan dan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk memberi keutamaan kepada koperasi dalam perolehan tender, sebut harga, permit dan lesen.
VISI
Membantu koperasi yang terlibat dengan sektor ini untuk lebih berdaya maju dan memberikan impak besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
MISI
Meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai, promosi dan pemasaran produk dan perkhidmatan pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan koperasi.
STRATEGI
Mewujudkan jaringan perkhidmatan dan perniagaan pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan koperasi.
Modus Operandi
- Mengenal pasti dan menggalakkan koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan menyertai jaringan dan penjenamaan CoopHotel, CoopStay, CoopSpa, CoopDialisis, CoopFarmasi, CoopTamu, CoopISTAC dan CoopTravel.
- Mengenal pasti dan mewujudkan Hub Pembelian Berpusat di kalangan jaringan dan koperasi.
- Mengenal pasti dan mewujudkan aktiviti huluan dan hiliran di kalangan jaringan dan koperasi.
VISI
Menjadi sektor yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan ekonomi dan pendidikan koperasi
MISI
Menyediakan pendidikan yang berkualiti mengenai kesedaran berkoperasi dan merangsang ekonomi,budaya dan sosial komuniti.
Konsortium yang telah ditubuhkan di bawah Sektor ini adalah:
- Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad
- Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad
- Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad
- Koperasi Wanita
- Koperasi Ibu Tunggal
- Koperasi Kaum Ibu
- Konsortium Koperasi Kolej Vokasional dan Teknik Malaysia Berhad
- Koperasi Bela Rakyat (KOBERA)
- Koperasi Orang Kurang Upaya (OKU)
- Koperasi Orang Asli
VISI
Peneraju Kecemerlangan Koperasi dengan menyumbangkepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melaluiSektor Hartanah dan Industri Binaan.
MISI
- Mengenalpasti dan memajukan perniagaan baru untuk koperasi yang berpotensi.
- Membangun dan memperkukuhkan aktiviti perniagaan koperasi yang sedia ada.
- Mewujudkan jaringan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Merangsang dan membangunkan aktiviti perniagaan koperasi yang terlibat dalam Sektor Hartanah dan Industri Binaan.
- Membina rangkaian perniagaan koperasi dalam bidang ini. Menjadi organisasi pemudahcara untuk perancangan pembangunan hartanah dan projek koperasi
VISI
Menjadikan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani Gerakan Koperasi lebih berdaya maju dan memberi impak yang besar.
MISI
Memperkasa koperasi pertanian dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil pertanian dan perladangan.
SRATEGI
- Meningkatkan pendapatan petani dan koperasi.
- Meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara
- Mengurangkan karenah orang tengah.
- Mengawal harga makanan di pasaran.
- Membekalkan pengguna dengan makanan halal dan berkualiti.