MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd.

MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) merupakan anak syarikat milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang ditubuhkan pada bulan Disember 2012 dan mula beroperasi pada April 2013.

Penubuhan MHSB adalah sebagai sebuah syarikat pegangan bagi menguruskan dan mengembangkan perniagaan ANGKASA melalui subsidiari-subsidiarinya.

Peranan MHSB antara lain adalah untuk membantu, membimbing, menyediakan dan mewujudkan peluang perniagaan untuk Gerakan Koperasi. 

Terdapat 8 buah anak syarikat dibawah MHSB yang menjalankan fokus dalam bidang seperti berikut:

  • Pembangunan, pengurusan projek hartanah dan pengedaran bahan-bahan binaan
  • Farmasi dan pengedaran peralatan perubatan
  • Pusat rawatan haemodialisis
  • Pengurusan amanah dan pentadbiran harta pusaka
  • Industri tenaga boleh baharu
  • Pengurusan pelancongan dan umrah
  • Pembekalan dan perkhidmatan berkaitan pemborongan dan peruncitan
  • Produk dan perkhidmatan kewangan
  • Perkhidmatan perundingan

Untuk maklumat lanjut berkenaan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB), sila layari laman sesawang rasmi:

https://myangkasaholdings.com/

ANAK SYARIKAT ANGKASA

ANAK SYARIKAT MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD

ANAK SYARIKAT MYDIALISIS SDN. BHD.

SYARIKAT BERSEKUTU