Yayasan ANGKASA

Yayasan ANGKASA sebelumnya dikenali sebagai Tabung Pendidikan ANGKASA (TAPAK) dari tahun 2000 hingga kini merupakan yayasan yang ditubuhkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) pada tahun 2012. Yayasan ANGKASA bertanggungjawab menyediakan kemudahan bantuan pembiayaan boleh ubah (PBU) ke biasiswa kepada anggota dan anak-anak anggota koperasi yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda manakala pembiayaan bagi Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Awam (UA) dan Swasta (US) dalam negara serta menjalankan kebajikan sosio-ekonomi.

Yayasan ANGKASA berperanan memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat pada amnya.

Yayasan ANGKASA menawarkan kemudahan pembiayaan boleh ubah (biasiswa) kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi yang menjadi ahli ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Doktor Falfasah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam negara.

KEISTIMEWAAN PELAJAR TAJAAN YAYASAN ANGKASA

Bagi memastikan budaya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar iaitu:-

  1. Program motivasi (untuk pelajar baru)
  2. Program kaunseling (bagi pelajar mendapat nilai gred dibawah 2.80)
  3. Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir)

Kesemua program ini diatur semasa cuti semester. Yayasan ANGKASA memperuntukkan belanja hampir RM150,000 setahun untuk ke semua program tersebut.

ANGKASA melihat pelajar di bawah Yayasan ANGKASA boleh digilap untuk menjadi pelapis warga koperasi pada masa hadapan, oleh itu ibu bapa harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Yayasan ANGKASA dalam usaha menerapkan semangat koperasi di kalangan pelajar.

 

Keistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:-

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan syarat-syarat kelayakan memohon boleh layari laman web rasmi yayasanangkasa.coop

YAYASAN ANGKASA (924157-D)
Alamat : No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7880 5358/6358/9358
Faks : 03-7886 3357

Facebook: https://www.facebook.com/yayasanangkasa/
Instagram: @yayasanangkasa
Twitter: @yayasanangkasa

WWW.YAYASANANGKASA.COOP

Kedah

Koperasi Sekolah

0

Lain-lain Koperasi

0

Tutup/Batal

0

Jumlah

0