Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA merupakan salah satu perkhidmatan sokongan penting yang disediakan oleh ANGKASA untuk kegunaan Anggota Lembaga, Jawatankuasa dan Pengurusan ANGKASA, para penyelidik dan anggota koperasi di seluruh negara serta masyarakat umum. Matlamat utama perkhidmatan ini adalah untuk menguruskan bahan bacaan dan maklumat berkaitan bidang perkara koperasi, mempromosi literasi dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat seterusnya memartabatkan ilmu dan keilmuan dalam gerakan.
Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA bertanggungjawab menguruskan pelbagai sumber maklumat dan bahan rujukan terutamanya dalam bidang fokus koperasi. Sehingga Mei 2025, perpustakaan mempunyai bahan bacaan dan rujukan terkumpul sejumlah 16,069 bahan dan 1,034 bahan rujukan digital. Antara yang tersedia termasuklah Koleksi Monograf, Koleksi Rujukan Digital, Buku Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA dan Mesyuarat Agung Negeri, Koleksi Terbitan Bersiri, Koleksi Kertas Persidangan International Cooperative Alliance (ICA) di peringkat Asia Pasifik dan Global, Kertas Kerja Seminar, Koleksi Laporan Tahunan dan Undang-undang Kecil Koperasi serta buku-buku ilmiah dan rujukan.
Portal Perpustakaan boleh dilawati di sesawang berikut :
https://sola.my/angkasalibrary
Waktu Perkhidmatan :
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari, 2.30 petang hingga 5.00 petang
(Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Maklumat Perhubungan
ENCIK HALIM HAJI IBRAHIM
Pengurus Besar
Bahagian Komunikasi Korporat
Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA (Tingkat 1)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 – 7800 7872 / +603 – 7884 6460 / +603 – 7800 7879 Faks: +603 – 7884 6489 / +603 – 7804 8271
E-mel: korporat.angkasa@gmail.com