
Sijil Pematuhan Syariah
Memberikan perkhidmatan kepada koperasi untuk mendapatkan perkhidmatan pematuhan syariah seterusnya berpeluang mendapatkan pengiktirafan Pematuhan Syariah Koperasi melalui Sijil Pematuhan Syariah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA.
ANGKASA telah dilantik secara rasmi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Jawatankuasa Syariah Dalaman sejak 30 Disember 2015 dan sebagai Konsultan Syariah Luaran Koperasi sejak 23 Mac 2017 untuk memartabatkan Maqasid Syariah melalui GP28–Garis Panduan Tadbir Urus Syariah.
Perkhidmatan yang disediakan :
- Rundingan dan bimbingan
Mengadakan perbincangan dan latihan serta semakan terhadap dokumentasi koperasi. - Sijil Pematuhan Syariah
Memberikan pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah berdasarkan produk koperasi yang patuh syariah. - Audit Pematuhan Syariah
Audit syariah enam (6) bulan sekali dalam tempoh dua (2) tahun.
BIL. | KATEGORI | FI |
1. | Permohonan Baharu | RM2,000.00 |
2. | Pembaharuan Sijil (setiap 2 tahun) | RM1,000.00 |
Maklumat lanjut berkenaan pengesahan Sijil Pematuhan syariah:
Seksyen Pematuhan Syariah
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA
+603-7884 6673 / 6718 / 6616 / 6614
syariahangkasa@gmail.com