ANGKASA mengendalikan pendidikan dan latihan dalam pelbagai bentuk kepada Anggota, Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pengurusan Koperasi dalam bidang:-
- Kursus Asas Koperasi.
- Pembangunan Koperasi Sekolah.
- Pembangunan Koperasi Institusi Pengajian Tinggi.
- Pembangunan Koperator Wanita
STUDENT LEADERSHIP IN COOPERATIVE ENTERPRISE (SLiCE)
SLiCE merupakan Program Pembangunan Kepimpinan dan Keusahawanan Muda Koperasi yang dibangunkan khusus untuk ANGKASA ANGKASA untuk memberikan peluang kepada pelajar tahun akhir universiti di Malaysia menjalani latihan industri pada koperasi terpilih dan mempelajari secara langsung pengurusan dan pentadbiran serta keusahawanan dan perniagaan koperasi. Program ini membolehkan pelajar mendapat Kemahiran pekerjaan sebenar bagi mempertingkatkan kebolehpasaran mereka.
COOPERATIVE LEADERSHIP PROGRAMME (CLP)
Cooperative Leadership Programme (CLP) adalah satu inisiaif yang dirangka oleh ANGKASA bagi memperkukuh kepakaran peserta dalam bidang pengurusan projek kepimpinan, keusahawan, inovasi agrobisnes dan pengurusan koperasi. Sepanjang program, peserta akan mengikuti sesi pembelajaran bersama pakar, lawatan ke tapak koperasi serta perbincangan bersama pemimpin dari Malaysia dan antarabangsa.


