Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA merupakan satu-satunya muzium koperasi yang terdapat dalam negara. Muzium ini menyimpan khazanah arkib bahan bersejarah, mengumpul, memulihara, mendokumentasi dan mempamerkan pelbagai artifak dan dokumen mengenai ANGKASA dan gerakan koperasi di Malaysia. Sejak tahun 2013, Muzium menerima hampir 9,000 pengunjung dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada koperasi, badan-badan korporat, agensi, para penyelidik, pelajar serta indvidu-individu yang berminat dengan sejarah gerakan koperasi.
Bagi memastikan dokumen dan bahan bacaan bersejarah yang diterbitkan oleh ANGKASA sejak 1971, bahan bacaan yang terdiri daripada majalah PELANCAR dan buku laporan Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) dan Persidangan ANGKASA Negeri sejak 1971 – 2020 dipulihara sebaiknya dalam bentuk digital. Sehingga Disember 2024, sebanyak 1,023 dokumen dan artifak terkumpul yang dipulihara demi kelestarian sejarah gerakan koperasi negara.
Waktu Lawatan:
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.30 petang hingga 5.00 petang
(Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
SEGMEN 1: Gerakan koperasi di dunia
Memaparkan sejarah ringkas gerakan koperasi dunia bermula kurun ke-18 di England sehingga membawa kepada penubuhan Rochdale Pioneers Society Limited pada tahun 1844.
SEGMEN 2: Cetusan koperasi Tanah Melayu
Memaparkan kronologi sejarah awal gerakan koperasi di Tanah Melayu pada awal kurun ke-19 yang dipelopori oleh British.
SEGMEN 3: Kronologi gerakan koperasi
Menerangkan kronologi perkembangan gerakan koperasi di Tanah Melayu bermula tahun 1922 sehingga tertubuhnya ANGKASA pada tahun 1971
SEGMEN 4: Kementerian, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia
Memaparkan ringkasan sejarah penubuhan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) pada 1922 dan Maktab Bekerja Sama2 Malaya pada tahun 1956 serta kementerian yang menaungi gerakan koperasi di Malaysia.
SEGMEN 5: Penubuhan ANGKASA
Memaparkan sejarah prapenubuhan ANGKASA dari 1958 sehingga tertubuhnya ANGKASA pada 12 Mei 1971 yang didaftarkan di bawah Ordinan Koperasi 33/1948. Turut dipaparkan tarikh kongres diadakan bagi membincangkan usaha penubuhan Persatuan Kerjasama Peringkat Nasional atau singkatannya MAKMAL yang kemudiannya ditukarkan kepada ANGKASA.
SEGMEN 6: Peneraju kepimpinan ANGKASA
Memaparkan maklumat serta foto pengasas yang menubuhkan ANGKASA pada 1971 dan pemimpin yang menerajui ANGKASA sehingga sekarang.
SEGMEN 7: Pak Ungku wira koperasi negara
Menceritakan tentang usaha yang dilakukan YM Profesor Diraja Ungku A.Aziz dalam membangunkan gerakan koperasi di Malaysia dan penglibatannya di peringkat antarabangsa.
SEGMEN 8: Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA)
Menceritakan secara ringkas tujuan PKTA dilaksanakan, tarikh PKTA pertama diadakan, individu yang merasmikan PKTA, lokasi yang diadakan dan jumlah perwakilan yang hadir serta agenda yang dibincangkan dalam PKTA.
SEGMEN 9: Pakaian rasmi / Baju batik ANGKASA
Memaparkan perubahan baju batik ANGKASA yang diperkenalkan pada tahun 1971 hingga sekarang. Baju batik ini dipakai ketika Majlis Rasmi dan Persidangan Tahunan ANGKASA.
Segmen 10: Majalah PELANCAR ANGKASA
Memaparkan sejarah awal penerbitan Majalah PELANCAR pada 1974 sehingga sekarang dan peranannya dalam memaparkan berita, aktiviti serta perkembangan gerakan koperasi di Malaysia.
Segmen 11: Sejarah awal gerakan koperasi sekolah
Memaparkan sejarah awal bermulanya koperasi sekolah dengan penubuhan Sharikat Kerjasama Murid-Murid Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin Taiping Berhad pada 1969 sebagai koperasi sekolah pertama di Malaysia.
Segmen 12, 13 dan 14: Artifak, dokumen dan peralatan pejabat
Memaparkan sejarah awal penerbitan Majalah PELANCAR pada 1974 sehingga sekarang dan peranannya dalam memaparkan berita, aktiviti serta perkembangan gerakan koperasi di Malaysia.
Segmen 15: Petanq sukan rasmi koperasi
Memaparkan kisah di sebalik kewujudan sukan petanq di Malaysia yang diiktiraf sebagai sukan rasmi koperasi. Sukan petanq mula diperkenalkan oleh Profesor Diraja Ungku A.Aziz, Yang Dipertua ANGKASA pada 1989.
PERCUMA
+603 - 7800 7879
+603 - 7804 8271
korporat.angkasa@gmail.com
Bahagian Komunikasi Korporat Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1, Kelana Jaya Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor