
Suara gerakan koperasi amatlah perlu terutamanya dalam menyuarakan isu berkaitan dengan perubahan iklim yang menjadi agenda dunia menerusi inisiatif Dekad Pemulihan Ekosistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2021-2030 atau United Nation Decade on Ecosystem Restoration yang dilancarkan pada 5 Jun 2021 sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.
PENGHIJAUAN MALAYSIA: KOPERASI PRIHATIN SEJUTA POKOK merupakan inisiatif ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan yang akan dilaksanakan secara berterusan sebagai salah satu komitmen dalam mengintegrasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 dalam dasar dan strategi ANGKASA. Program ini merupakan tanda sokongan gerakan koperasi dalam agenda Penghijauan Malaysia.
Penanaman semula pokok merupakan langkah pertama untuk membantu memerangi perubahan iklim, memulihkan kemerosotan ekosistem, mengekalkan keseimbangan biodiversiti dan meningkatkan kualiti khazanah alam semula jadi. Marilah kita bersama-sama bekerjasama melakukan perubahan dengan menanam sebatang pokok hari ini demi masa hadapan yang lebih hijau dan lestari untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
ANGKASA dan rakan strategik koperasi menyasarkan penanaman sejuta pokok untuk menyumbang kepada kelestarian alam.
Mana-mana koperasi, syarikat, organisasi atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berminat untuk menyertai program ini, sila layari: https://sejutapokok.coop/.
Anda juga boleh e-melkan pertanyaan ke sejutapokok.coop@gmail.com atau hubungi +603-78846446.