Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA)

Sejarah bermula pada Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA ke-26 yang berlangsung pada 18 Disember 2009 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, tercetuslah idea penubuhan sebuah bank koperasi. Susulan itu, ANGKASA telah menubuhkan jawatankuasa penggerak yang dianggotai oleh
15 ahli berpengalaman dalam bidang perbankan.

Hasil usaha gigih, Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) telah ditubuhkan secara rasmi pada 7 Julai 2011. Kini, selepas lebih sedekad beroperasi, KOPSYA menawarkan kepada koperasi anggota  produk-produk inovatif, istimewa dan yang berupaya untuk menjana keuntungan.

  • Visi
    Menerajui Koperasi Kewangan Islam Unggul Global.
  • Misi
    Menggembeling sumber modal gerakan koperasi secara aktif dalam pasaran kewangan IslamMemacu KOPSYA melalui perniagaan, tadbir urus, pengurusan berintegriti berteraskan Maqasid SyariahMempromosi model koperasi kewangan Islam.

KOPSYA menyeru koperasi-koperasi besar yang kukuh kedudukan kewangan agar menerapkan semangat Ta’awun dengan membantu koperasi kecil melalui penyertaan pelaburan modal syer dan deposit di KOPSYA. Langkah ini bakal memperkukuh ekosistem koperasi secara keseluruhan, di samping menyediakan lebih banyak kemudahan pembiayaan kepada koperasi anggota yang memerlukan. 

KOPSYA terus komited memperluaskan perkhidmatan kewangan Islam kepada Koperasi Anggota di seluruh negara, di samping meneruskan peranan sebagai pemangkin ekonomi koperasi yang progresif dan mampan 

Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA)
Unit 209-509,
Block C, Glomac Business Center,
No. 10, Jalan SS 6/1,
Kelana Jaya , 47301
Petaling Jaya, Selangor
03 – 7803 1214
info@kopsya.coop
www.kopsya.coop