Konsortium Koperasi

ANGKASA telah menubuhkan beberapa konsortium koperasi yang merupakan gabungan koperasi untuk memperkasa dan memperkukuh koperasi supaya lebih berdaya saing serta mewujudkan peluang perniagaan yang berskala besar. Di antara konsortium yang telah ditubuhkan adalah:

  • Konsortium Koperasi Tanaman Padi Negeri Kedah Berhad
  • Konsortium Koperasi Tanaman Padi Negeri Perlis Berhad
  • Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Sangkar Negeri Pahang Berhad
  • Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad
  • Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad
  • Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad
  • Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad
  • Konsortium Koperasi Kolej Vokasional dan Teknik Malaysia Berhad

ANGKASA melalui Seksyen Konsortium dan Komuniti menyediakan platform pemadanan peluang perniagaan kepada koperasi yang berada bawah gabungan konsortium koperasi dengan membentuk satu rangkaian kerjasama dengan lain-lain pihak yang berminat. 

Selain terlibat dalam perniagaan sedia ada bawah ANGKASA, seksyen ini juga mengenal pasti peluang perniagaan baharu mengikut kesesuaian koperasi bagi digerakkan melalui konsortium. Koperasi yang terlibat akan diberikan latihan, bimbingan dan pemantauan menerusi bengkel, sesi libat urus dan seminar. 

Seksyen Konsortium dan Komuniti juga turut menjalankan program Mentor-Mentee. Menerusinya, Konsortium Sederhana akan dilatih oleh konsortium berdaya maju manakala Koperasi Mikro akan dilatih oleh koperasi maju untuk koperasi komuniti.

Seksyen Konsortium dan Komuniti 
Bahagian Wanita, Komuniti dan Pengurusan Hartanah ANGKASA 

Kumpulan Pembangunan Koperasi 
+603-7884 6562 

Kedah

Koperasi Sekolah

0

Lain-lain Koperasi

0

Tutup/Batal

0

Jumlah

0