Tentang acara
Konvensyen Konsultasi Belanjawan Koperasi Malaysia 2027
Sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menganjurkan Konvensyen Konsultasi Belanjawan Koperasi Malaysia 2027 yang akan dihadiri oleh lebih 1000 orang wakil koperasi seluruh Malaysia.
Objektif Konvensyen Konsultasi Belanjawan Koperasi Malaysia 2027 adalah seperti berikut:
a. Menghimpunkan pandangan, keperluan dan cadangan daripada koperasi pelbagai sektor bagi membentuk input dasar yang komprehensif untuk Belanjawan Negara 2027; b. Menyediakan asas kukuh berasaskan data, impak ekonomi dan sosial bagi menyokong permohonan peruntukan khas kepada pembangunan koperasi dalam Belanjawan Negara 2027; c. Memastikan cadangan sektor koperasi dipertingkat sejajar dengan keutamaan nasional seperti pertumbuhan inklusif, pendigitalan, keselamatan makanan, ESG dan pembangunan wilayah.
Sehubungan itu, ANGKASA berbesar hati ingin menjemput YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/Datuk/ Dato'/Datin/ Prof/ Dr/Tuan/Puan menghadiri program ini untuk menyuarakan pandangan serta pendapat bagi agenda pembangunan program gerakan koperasi.
🗓️ Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
🕰️ Masa: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
🖥️ Tempat: Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya
👔 Pakaian : Batik Malaysia
Mohon jasa baik YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/Datuk/ Dato'/Datin/ Prof/ Dr/Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran dengan melengkapkan maklumat menerusi pautan ini https://forms.gle/bUyLUwbMnQ2Ek3Uz9 bagi tujuan penyelarasan selanjutnya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak urusetia Konvensyen Konsultasi Belanjawan Koperasi 2027, Puan Safinah binti Saupi, Pengurus Seksyen Kecemerlangan Koperasi, Pusat Kecemerlangan ANGKASA di 011-10525752 atau Encik Aizal Azizan Sajari, Pegawai, Akademi Kepimpinan & Integriti Koperasi, Pusat Kecemerlangan ANGKASA di 03-7454 8251.
Kerjasama dan sokongan YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/Datuk/ Dato'/Datin/ Prof/ Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



