Tentang acara
KEMPEN DERMA DARAH COOPCARE ANGKASA: SELAMATKAN NYAWA DENGAN MENDERMA DARAH
Jom sama-sama sumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara tercinta menerusi Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA yang diselaraskan oleh Bahagian Korporat ANGKASA dengan kerjasama Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia pada ketetapan berikut:
🗓 15 September 2026 (Selasa)
📍Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, Ibu Pejabat ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1, Kelana Jaya 47301, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
⏰ 9.00 pagi - 3.00 petang
Nota untuk penderma:
✅ Sila bawa Mykad/ passport
✅ Umur 17 – 70 tahun untuk yang pernah menderma dan 17-60 tahun untuk pertama kali menderma
✅ Berat badan melebihi 45KG ke atas
✅ Tidur minimum 5 jam
✅ Sihat tubuh badan dan tiada masalah kesihatan
✅ Ambil sarapan ringkas dan elakkan kafein dan air bikarbonat
✅ Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
Penderma darah yang berjaya akan menerima
✅ Baucar Coopfarmasi/ANGKASAMart bernilai RM50 yang boleh ditebus di outlet Kelana Jaya sebelum 31 Oktober 2026
✅ Sijil penyertaan dari Pusat Darah Negara
✅ Cuti tanpa rekod pada hari pendermaan darah (Kakitangan ANGKASA sahaja)
ANDA ADIWIRA DARAH KAMI!



