Bahagian

BAHAGIAN PELANCONGAN, KESIHATAN DAN PENTADBIRAN, PENGURUSAN BAJET

1.SEKSYEN PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI DAN KESIHATAN

  • Seksyen ini akan mengenalpasti dan menggalakkan koperasi menyertai jaringan dan penjenamaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan ANGKASA.
  • Fokus sektor ini tertumpu kepada bidang perhotelan, rumah inap desa (homestay), penyediaan makan minum, pertunjukan kebudayaan, kraf tangan, pengangkutan, travel & tours, eko-pelancongan, spa, salon, produk kecantikan, urutan dan bekam, jagaan warga emas (day care centre), jagaan orang kurang upaya, dialisis, farmasi, klinik dan hospital.

2.SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN BAJET

  • Seksyen ini adalah seksyen yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada pentadbiran dan kewangan keseluruhan Kumpulan Pembangunan koperasi.
  • Seksyen ini berfungsi mengendalikan segala aspek pengurusan pentadbiran dan kewangan pejabat seperti :
  • Menguruskan hal ehwal surat menyurat, urusan perjalanan fail termasuk pembukaan dan penutupan fail.
  • Mengendali segala aspek pengurusan pentadbiran pejabat.
  • Menyediakan segala laporan kewangan (mengurus).
  • Membantu di dalam penyediaan anggaran peruntukan tahunan.
  • Mengemaskini rekod-rekod cuti dan perkhidmatan.
  • Pengurusan hal ehwal kakitangan berhubung perjawatan, pentadbiran dan perkhidmatan.
  • Mengurus bayaran urusan elaun tuntutan, bil, tiket kapal terbang dan berkaitan tempahan penginapan.
  • Mengadakan program yang teratur bagi pelaksanaan aktiviti Kumpulan Pembangunan Koperasi
  • Mentadbir dan mengawal selia keselamatan aset kumpulan

Maklumat Perhubungan

ENCIK JAMAR MAT ALI
Pengurus Kanan
Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan

Wisma Ungku A. Aziz (Tingkat 3),
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: +603 – 7884 6664
Faks: +603 – 7803 2074
E-mel: jamar.angkasa@gmail.com