Bahagian

BAHAGIAN SEKRETARIAT DAN PENGURUSAN ASET

  • Menguruskan perkhidmatan teras yang efisyen dan efektif kepada ANGKASA dan gerakan koperasi negara melibatkan perhubungan keanggotaan (nasional dan antarabangsa), pengurusan mesyuarat, persidangan dan majlis-majlis rasmi ANGKASA dan pentadbiran Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN).
  • Mengurus Mesyuarat ANGKASA Negeri (MAN), Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) serta mesyuarat Jawatankuasa / Lembaga ANGKASA.
  • Menyelaras pentadbiran dan penguusan pejabat ANGKASA Negeri serta memantau aktiviti Jawatankuasa ANGKASA Negeri seperti aktiviti keanggotaan ANGKASA, Kursus-kursus Induksi, Jaringan Kerjasama Strategik dengan Agensi Kerajaan dan Koperasi, Pembangunan Modal Insan dan lain-lain di bawah skop JKAN
  • Membuat perancangan mengenai semua aset seperti bangunan, peralatan, dan kenderaan yang merangkumi aktiviti pembelian, pengambilalihan penambahbaikan, penaiktarafan dan pelupusan aset.
  • Mengurus dan mentadbir aspek pengurusan keselamatan pekerjaan dan kesihatan selari dengan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994.