Bahagian

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SYARIAH

  • Bertanggungjawab memastikan pengurusan dan pembangunan zakat berjalan lancar mengikut Hukum Syarak dan bertindak sebagai wakil Amil Lembaga Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri.
  • Mengurus dan melaksanakan taksiran serta kutipan zakat perniagaan koperasi dan menguruskan pelaksanaan wakalah agihan zakat Majlis Agama Islam Negeri / Lembaga Zakat Negeri di Malaysia.
  • Bertanggungjawab memastikan aspek Pematuhan dan Audit Syariah berjalan lancar mengikut Hukum Syarak serta peruntukan perundangan. Ia juga merupakan keperluan sebagai Sekretariat Syariah kepada Jawatankuasa Syariah ANGKASA yang dilantik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
  • Merancang dan menyelaras program-program berkaitan Pematuhan Syariah dan menganjurkan bengkel pendidikan berkaitan Pematuhan Syariah secara menyeluruh.
  • Bertanggungjawab memastikan pengurusan pentadbiran PJDS berjalan lancar mengikut peruntukan perundangan dan pembangunan sahsiah keilmuan pelajar PJDS di peringkat terpuji. Operasi PJDS ini di bawah kawal selia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Maklumat Perhubungan

DR. SYAHARINA ABDULLAH
Pengurus Besar 
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C
Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor

Telefon: +603 – 7884 6789 / +603 – 7884 6613
Faks: +603 – 78846677
Emel: dr.syaharina@angkasa.coop