Bahagian

BAHAGIAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN

  • Memastikan penyedian dan penyimpanan akaun tahunan dalam bentuk Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Kunci Kira-Kira dan laporan tahunan / bulanan Bahagian ANGKASA supaya dapat diperiksa bila-bila masa yang dikehendaki oleh JTK atau JKK mengikut peruntukan di bawah UUK ANGKASA para 40(d), (e), (f), (g), dan (k);
  • Mengawalselia akaun bulanan dan tahunan ANGKASA selaras dengan Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi dan Piawaian Perakaunan Malaysia;
  • Mengawalselia anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan (belanjawan) tahunan untuk kajian JTK atau JKK dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD);
  • Mengawasi kumpulan-kumpulan wang ANGKASA untuk memajukan aktiviti-aktiviti ANGKASA melalui perkhidmatan yang boleh mendatangkan faedah bagi ahlinya dan Gerakan Koperasi serta menentukan sebarang peruntukan untuk membiayai aktiviti-aktiviti berkenaan;
  • Mengawalselia daftar harta yang dimiliki oleh ANGKASA serta menyelenggara akaun yang betul dan benar terhadap harta-harta dan tanggungan-tanggungan ANGKASA;
  • Bertanggungjawab memantau kewangan dan menyelaras akaun Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan lain-lain dana yang sama;
  • Bertanggungjawab untuk memantau kewangan dalam subsidiari dan KOPSYA melalui penyemakan laporan kewangan bulanan;

Maklumat Perhubungan

En. Mohd Ismail Ibrahim
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Pejabat Bahagian Kewangan Dan Perolehan Kumpulan (Tingkat 5)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor.

Telefon: +603 – 7800 8157
Faks: +603 – 7804 2209
E-mel: kewangan.angkasa@gmail.com