Sektor Inovasi dan Teknologi

VISI

Sektor koperasi menjadi entiti perniagaan yang kompetitif, berdaya saing dan berbudaya keusahawanan.

MISI

ANGKASA sebagai peneraju sektor ekonomi koperasi berperanan untuk membudayakan kemahiran digital dalam gerakan koperasi serta mengaplikasi teknologi moden bagi menambah nilai produk dan perkhidmatan yang berinovasi untuk meningkatkan perolehan dalam bidang ekonomi yang diceburi seperti;

  • Penggunaan e-dagang sebagai agen bagi memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka.
  • Penglibatan koperasi dalam bidang telekomunikasi sebagai perniagaan.
  • Penglibatan koperasi dalam teknologi hijau sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat di samping menghasilkan pendapatan baru.

OBJEKTIF

1.Menyediakan prasarana digital terbaik kepada komuniti koperasi.

2.Menyediakan kemudahan asas e-dagang bagi memperluaskan pasaran dan memantap ekonomi gerakan koperasi.

3.Melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan bermaklumat.

4.Membudayakan teknologi hijau, menjamin alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.