Bil 6/2019 (Jadual Penghantaran Borang BPA 1/79 & Cetakan Skrin Arahan 2/79, Tahun 2020 )

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

 

 

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 06/2019.
JADUAL PENGHANTARAN BORANG BPA 1/79 & CETAKAN SKRIN ARAHAN 2/79, TAHUN 2020.

Dimaklumkan bahawa jadual penghantaran borang-borang BPA bagi tahun 2020 adalah seperti dilampiran.

Semua pelanggan Biro Perkhidmatan ANGKASA perlu memastikan setiap penghantaran borang adalah mengikut tarikh yang telah ditetapkan agar borang-borang tersebut dapat diproses mengikut bulan potongan gaji seperti yang dinyatakan.

Sila pastikan semua borang yang dihantar adalah lengkap dengan lampiran yang diperlukan bagi melancarkan kerja memproses borang.

Sekian. Terima kasih.

 

“SADIK, AMANAH, TELUS”

 

JADUAL PENGHANTARAN BORANG BPA 1/79 DAN CETAKAN ARAHAN 2/79 TAHUN 2020.

BULAN POTONGAN GAJI TARIKH AKHIR PENERIMAAN BORANG DARI PELANGGAN BPA
JANUARI 2020 (Tahun Baru Cina – 25 & 26 Jan 2020) 15 Disember 2019*
FEBRUARI 2020 15 Januari 2020
MAC 2020 15 Februari 2020
APRIL 2020 15 Mac 2020
MEI 2020 (Hari Raya Aidilfitri – 24 & 25 Mei 2020) 15 April 2020*
JUN 2020 15 Mei 2020
JULAI 2020 (Hari Raya Haji – 31 Julai 2020) 15 Jun 2020*
OGOS 2020 15 Julai 2020
SEPTEMBER 2020 15 Ogos 2020
OKTOBER 2020 15 September 2020
NOVEMBER 2020 (Hari Deepavali – 14 Nov 2020) 15 Oktober 2020*
DISEMBER 2020 (Hari Krismas – 25 Dis 2020) 15 November 2020*

Tarikh akhir penerimaan borang tertakluk kepada pindaan berdasarkan tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan semasa perayaan utama.