BeeRo
ANGKASA memilih ‘lebah’ sebagai maskot rasmi kerana ia melambangkan semangat ‘bekerja bersama-sama demi manfaat bersama’ dan kesepakatan dalam pasukan. Lebah sinonim dengan budaya bekerja secara kolektif, berdisiplin dan efisien. Nilai ini mencerminkan budaya kerja ANGKASA yang mementingkan kerjasama, kolaborasi strategik dan semangat kebersamaan untuk mencapai matlamat.
Nama ‘BeeRo’ pula dipilih sebagai tanda penghargaan kepada Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) yang telah diwujudkan sejak Mac 1977 untuk mengatasi isu pinjaman tidak berbayar. Melalui BPA, ANGKASA memperkenalkan perkhidmatan pemotongan gaji berjadual kepada koperasi kredit, hasil mandat dan kuasa yang diberikan oleh Akauntan Negara Malaysia. Kini, legasi itu diteruskan dengan sistem e-SPGA yang menguruskan potongan gaji dengan cekap, telus dan selamat.
Justeru, ‘BeeRo’ bukan sekadar maskot tetapi lambang komitmen, integriti dan manifestasi semangat kerja berpasukan yang memperkukuh visi ANGKASA sebagai pemacu utama kelestarian sosioekonomi gerakan koperasi negara.


