Ruj kami: AKKM: 1/7/3 Jld. 5 (26)

 

11 Mei 2017

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 02/ 2017

PEMINDAHAN SERVER BPA KE HDC SHAH ALAM DAN PENUTUPAN
SSEMENTARA SISTEM POTONGAN GAJI ANGKASA (SPGA) PADA 20-22 MEI 2017

Untuk makluman koperasi / organisasi Pelanggan BPA, ANGKASA akan menjalankan projek pemindahan perkakasan komputer BPA dan network (internet) ke pusat data baru iaitu HDC Shah Alam, Selangor bermula pada 20 Mei 2017 sehingga 22 Mei 2017.

Sepanjang tempoh tersebut, Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) tidak boleh diakses. SPGA dijangka akan beroperasi semula pada 23 Mei 2017. Makluman berkenaan perkara ini juga akan dipaparkan pada skrin utama SPGA.

Sekiranya koperasi / organisasi Pelanggan BPA ada sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi pegawai di Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA dengan menggunakan nombor pusat panggilan berpusat BPA di talian 03-78022400 (tekan 4 untuk bantuan SPGA).

Sekian, harap maklum.