Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan

LATAR BELAKANG

Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA secara rasminya mula beroperasi pada Tahun 2016.

VISI

Ke arah melahirkan  koperasi-koperasi yang berada di dalam Jaringan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2025 .

MISI

Menjadikan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) sebagai penyumbang utama kepada pendapatan koperasi, memberikan pendedahan dan peluang perniagaan serta melahirkan keusahawanan koperasi di dalam aktiviti-aktiviti pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan.

STRATEGI

Mewujudkan jaringan perkhidmatan dan perniagaan serta penjenamaan koperasi seperti Penjenamaan CoopHotel, CoopStay, CoopISTAC (Pelancongan Koperasi Sekolah), CoopTravel, CoopLodge, CoopSpa, CoopDialisis dan CoopFarmasi.

SASARAN

Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan menyasarkan pendapatan koperasi yang menjadi ahli jaringan coop bermula Tahun 2016 sehingga Tahun 2020 adalah berjumlah       RM 160 juta .

CARTA UMUM

Klik di sini untuk muat turun struktur sektor. 

RINGKASAN KRONOLOGI DAN PENCAPAIAN

TAHUN 2016

- 12 buah koperasi yang menjalankan aktiviti perhotelan telah menyertai Jaringan CoopHotel dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 11,973,811.47 .

- 23 buah koperasi yang menjalankan aktiviti inap desa telah menyertai Jaringan CoopStay dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 1,793,942.21 .

- 52 buah koperasi sekolah yang menjalankan aktiviti pelancongan koperasi sekolah telah menyertai Jaringan CoopISTAC dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 594,201.00 .

- 10 buah koperasi yang menjalankan aktiviti spa telah menyertai Jaringan CoopSpa dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 509,777.00 .

- 13 buah koperasi yang menjalankan perkhidmatan hemodialisis telah menyertai Jaringan CoopDialisis dengan pendapatan berjumlah RM 13,700,183.00 .

- 3 buah koperasi yang menjalankan perkhidmatan farmasi telah menyertai Jaringan CoopFarmasi dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 135,694.08 .

- Pendaftaran paten logo penjenamaan jaringan coop untuk menjadi Hak Eksklusif ANGKASA telah dilakukan.

TAHUN 2017

- Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA telah berjaya memperolehi Hak Eksklusif logo penjenamaan jaringan coop.

        

     .    

- Penggunaan Sistem On-Line Dialisis (Advance Dialysis Nephrology Application (ADNAN).

- Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA juga telah berjaya memiliki Hak Eksklutif Warisan Spa dan merupakan Jaringan CoopSpa yang pertama mendapat kebenaran di bawah agensi MOTAC untuk mempromosikan Urutan Malaysia.

- Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA juga telah menerima Gold Award Tourism Initiative Programme daripada Malaysia Tourism Council (MTC) pada 20 November 2017 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada YBhg. Datuk Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah, Presiden ANGKASA.

2018

- Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA melalui Koperasi Keluarga Hanim Zainol Berhad, Selangor iaitu salah sebuah ahli Jaringan CoopSpa telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk Program Perantis Industri Menengah Atas (PIMA) dan Penempatan Pelajar Ke Industri.

- Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA sekali lagi menerima Gold Award Tourism Initiative Programme dan Gold Award Cooperative Hotel Programme daripada Malaysia Tourism Council (MTC) pada 30 Oktober 2018 bertempat di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. YBhg. Dato’ Hj. Kamaruddin Ismai (Timbalan Presiden ANGKASA) bersama YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan (Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan ANGKASA) telah menerima anugerah tersebut bagi pihak ANGKASA. Turut hadir adalah YBhg. Tn. Hj. Nasir Khan Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA.

 

2019

- Jaringan CoopTravel telah berjaya diwujudkan dan Hak Eksklusif Jaringan CoopTravel telahpun diperolehi.

- Projek Pharma Wellness telah berjaya dipilih untuk dijadikan sebagai Cooperative Empowerment Project (Projek CEP 1) di bawah projek inkubator Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA iaitu projek menyediakan perkhidmatan barangan perubatan dan kesihatan serta hub pembekalan berpukal Jaringan CoopFarmasi.

2020

- Jaringan CoopISTAC (Pelancongan Koperasi Sekolah) telah dipindahkan ke Bahagian Sekolah Dan Pengajian Tinggi.

- Jaringan CoopLodge telah berjaya diwujudkan.

- Projek Pharma Wellness telah berjaya dilaksanakan. ANGKASA telah mempunyai dua (2) buah premis perniagaan farmasi masing-masing di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan Pusat Bandar Bertam Perdana, Kuala Batas, Pulau Pinang manakala sebuah CoopWellness di Pusat Keusahawanan Komuniti, Pendang, Kedah.

- Koperasi-koperasi yang menjadi rakan strategik awal terlibat dalam perniagaan CoopFarmasi ini adalah Koperasi Kemas Terengganu Berhad (KOKEMAS) dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB).

- Projek Inkubator Pharma Wellness ini telah diserahkan kepada Bahagian ANGKASA Niaga.

 

- Sebanyak 97 buah koperasi telah menyertai jaringan coop dengan jumlah keseluruhan pendapatan bermula Tahun 2016 hingga Tahun 2020 adalah sebanyak RM 148,263,730.54 .

- Wabak Pandemik Covid 19 telah memberikan kesan kejatuhan pendapatan koperasi-koperasi ahli jaringan coop Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan terutamanya Jaringan CoopHotel, CoopStay, CoopTravel dan CoopSpa.

PRODUK-PRODUK EKSKLUSIF SEKTOR PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI & KESIHATAN (SPPDK) ANGKASA

 

Bil. Perkara Muat turun
1. Aktiviti Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan sepanjang Januari - April 2022 Klik di sini
2.  Senarai pautan laman web koperasi ahli jaringan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Klik di sini
3.  Takwim SPPDK 2022 Klik di sini 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN 

ENCIK JAMAR MAT ALI
Pengurus Kanan
Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan

Wisma Ungku A. Aziz (Tingkat 3),
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 
46798 Petaling Jaya, Selangor 
Telefon: +603 - 7884 6664 Faks: +603 - 7803 2074 E-mel: jamar.angkasa@gmail.com