Bahagian Wanita & Komuniti

Bahagian Wanita Dan Komuniti ditubuhkan pada 14 Januari 2021(MJKK Bil. 18/2020) setelah digabungkan antara Bahagian Pembangunan Wanita dan Sektor Pembangunan Komuniti. Bahagian Wanita Dan Komuniti bertanggungjawab dalam merangka dan melaksanakan program – program pembangunan perniagaan koperasi di dalam bahagian ini.

VISI

Menjadi bahagian yang membantu dan membangun perniagaan koperasi wanita dan komuniti terunggul menjelang 2030.

MISI

Menyediakan khidmat latihan dan bengkel perniagaan koperasi mengikut keperluan dan kesesuaian koperasi sejajar dengan dasar dan aspirasi ANGKASA.

TERMA RUJUKAN / TERM OF REFERANCE (TOR)

TOR 1            Mengenalpasti koperasi wanita dan komuniti bagi pengumpulan data dalam mengenalpasti biodata perniagaan, kejayaan serta permasalahan yang dihadapi

 

TOR 2            Menjalin kerjasama strategik dengan bahagian dan sektor di ANGKASA serta kementerian dan agensi terlibat bagi merangka dan merancang program – program pembangunan perniagaan yang dikenalpasti.

 

TOR 3            Melaksanakan program – program pembangunan berkaitan perniagaan koperasi seperti bengkel perniagaan, seminar dan pemadanan perniagaan.

 

TOR 4            Menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa kepada koperasi yang dibimbing bagi memastikan program pembangunan perniagaan yang dirancang berada pada landasan yang tepat. 

 

TOR 5            Menggalakkan koperasi menubuhkan Taska Cahaya Mata.

Bahagian Wanita Dan Komuniti memberi fokus dalam membantu dan merangsang perniagaan koperasi khusus kepada koperasi wanita dan koperasi komuniti. Bahagian ini terbahagai kepada dua unit iaitu Unit Wanita dan Unit Komuniti.

Bilangan koperasi yang terlibat bagi kedua – dua unit ini adalah :

UNIT WANITA  

Unit Wanita memfokuskan untuk memperkasakan koperasi berikut :

- Koperasi Wanita

- Koperasi Ibu Tunggal

- Koperasi Puteri

- Koperasi Kaum Ibu

UNIT KOMUNITI

Unit Komuniti memfokuskan untuk memperkasakan koperasi seperti berikut :

- Koperasi Orang Asli

- Koperasi OKU

- Koperasi Rukun Tetangga

- Koperasi Belia

- Koperasi PPR

JAWATANKUASA WANITA JPAN

Jawatankuasa JPAN ditubuhkan untuk memperkasakan wanita dengan memberi pendedahan peluang – peluang pembangunan koperasi wanita, koperasi ibu tunggal, dan koperator wanita di peringkat negeri – negeri. Wakil Jawatankuasa wanita JPAN bertanggungjawab untuk melaporkan aktiviti – aktiviti kepada pihak ANGKASA melalui mesyuarat Jawatankuasa Wanita JPAN di ANGKASA.

Jawatankuasa Wanita JPAN secara menyeluruh memberi pandangan dan cadangan – cadangan untuk dilaksanakan oleh pihak ANGKASA untuk pembangunan koperator wanita

KONSORTIUM KOPERASI

Bahagian Wanita Dan Komuniti ini juga membantu membimbing sebanyak 3 buah konsortium iaitu :

- Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad (KOWIMA)

- Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad

- Konsortium Koperasi Orang Asli Negeri Pahang Berhad

Dengan ada Bahagian Wanita dan Komuniti akan melibatkan progam dan aktiviti – aktiviti bersama dengan strategi – strategi yang dirangka oleh pihak ANGKASA supaya ia akan memperkasakan koperasi wanita dan komuniti. Di samping itu juga supaya lebih banyak lagi usahawan di kalangan koperator wanita terutama dalam bidang pengasuhan dan penubuhan Taman Asuhan Kanak – Kanak (TASKA).

CARTA ORGANISASI

Dalam penyediaan untuk kelulusan

MAKLUMAT PERHUBUNGAN 

PUAN AZIAH TALIB
Pengurus 
Bahagian Wanita & Komuniti

Wisma Ungku A. Aziz (Tingkat 3),
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 
46798 Petaling Jaya, Selangor 
Telefon: +603 - 7803 0494 Faks:+603 - 7802 8274 E-mel: aziahtalib.angkasa@gmail.com