Bahagian Pengurusan Aset & Pembangunan Hartanah (BPAPH)
VISI
Peneraju Kecemerlangan Koperasi dengan menyumbangkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri binaan menjelang 2020.
MISI
1. Mengenal pasti dan memajukan perniagaan baru untuk koperasi yang berpotensi.
2. Membangun dan memperkukuhkan aktiviti perniagaan koperasi yang sedia ada.
3. Mewujudkan jaringan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
MOTTO SEKTOR
Merangsang dan membangunkan Perniagaan Hartanah Koperasi.
PERANAN DAN FUNGSI SEKTOR
1. Merangsang dan membangunkan aktiviti perniagaan koperasi yang terlibat dalam Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan (Hardware dan DIY).
2. Membina rangkaian perniagaan koperasi dalam bidang Hartanah dan Industri Binaan (Hardware dan DIY).
3. Memberi khidmat nasihat untuk merancang pembangunan Hartanah dan Industri Binaan (Hardware dan DIY).
4. Merangsang aktiviti Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad.
5. Merancang dan melaksanakan Strategik Business Unit (SBU) Sektor Pembangunan Hartanah.
6. Menguruskan penyelenggaraan dan penyewaan bangunan ANGKASA.
OBJEKTIF SEKTOR
1. Membuka peluang koperasi untuk menceburi pembangunan hartanah dan industri binaan.
2. Membimbing koperasi untuk merancang dan melaksanakan projek-projek hartanah dan industri binaan.
3. Menyediakan platform kepada koperasi untuk berunding dan mengadakan usahasama projek antara koperasi dengan koperasi atau koperasi dengan swasta.
4. Merancang dan menjalankan perniagaan baru berkaitan dengan Hartanah dan Industri Binaan.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Ir. Ts. MOHD RAMLI PARMAN
Pengurus Besar
Bahagian Pengurusan Aset dan Pembangunan Hartanah
Suite A-306, Tingkat 1, Blok A
Glomac Business Centre
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7803 0494 Faks: +603 - 7802 8274 E-mel: hartanah.angkasa@gmail.com