Bahagian Sekretariat (BS)
Memelihara Kelestarian Pembangunan, Pengembangan dan Tadbir Urus ANGKASA Sebagai Badan Apeks Gerakan Koperasi.
MISI
1. Memberikan perkhidmatan teras yang cekap dan berkesan kepada ANGKASA dan gerakan koperasi Malaysia melibatkan perhubungan keanggotaan (nasional).
2. Memberikan khidmat pengurusan Mesyuarat Agung Negeri (MAN) dan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA), pengurusan majlis-majlis rasmi ANGKASA serta pentadbiran.
3. Meningkatkan penyampaian informasi daripada ANGKASA pusat kepada ANGKASA Negeri untuk kecekapan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada gerakan koperasi.
4. Meningkatkan penyertaan koperasi menjadi anggota ANGKASA melalui penglibatan langsung ANGKASA.
FUNGSI DAN PERANAN
1. Bahagian Sekretariat menjadi pentadbiran kepada ANGKASA terutamanya bagi perkara-perkara berikut:
a) Mesyuarat Agung Negeri (MAN);
b) Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA);
c) Pengurusan Hal Ehwal Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN);
d) Pengurusan Hal Ehwal Keanggotaan ANGKASA; dan
e) Pengurusan dan penyeliaan protokol majlis rasmi ANGKASA yang melibatkan kenamaan.
2. Mempromosi dan menggalakkan koperasi menjadi anggota ANGKASA.
3. Menjadi penghubung dan penyelaras di antara anggota koperasi.
4. Menjadi penghubung dan penyelaras kepada pentadbiran Pejabat ANGKASA Negeri.
5. Menjadi penghubung dan penyelaras kepada agensi berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan koperasi seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), lnstitut Koperasi Malaysia (IKMa) dan sebagainya.
OBJEKTIF
Objektif Bahagian Sekretariat adalah untuk meningkatkan keupayaan ANGKASA dari segi tadbir urus selaras dengan tuntutan semasa dan mencapai KPI yang telah ditetapkan.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Bil. | Pegawai | Jawatan | Pejabat/Perhubungan |
1. | Haji Anuar Bulin | Pengurus Besar Bahagian Sekretariat |
Tingkat 2, Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor. Telefon: +603- 7884 6648 (Setiausaha) Faks: +603 - 7884 6708 E-mel: hjanuar.angkasa@gmail.com |
2. | Puan Safinah Saupi |
Pengurus Unit Pengurusan Acara, Protokol dan Seranta |
Telefon: 03-7800 7880 (pejabat)
Faks: 03-7884 6500 E-mel: safinahsaufi@yahoo.com |
3. | (Jawatan belum diisi) |
Pengurus Unit Hal Ehwal JPAN, Keanggotaan & Pengurusan Mesyuarat |
Telefon: 03-7454 8208 (pejabat) Faks: 03-7884 6500 |
4. | Encik Hazim Abdul Halim |
Penolong Pengurus Unit Perhubungan Keanggotaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) |
Telefon: 03-7454 8208 (pejabat)
Faks: 03-7884 6500 E-mel: hazim.angkasa@gmail.com |
5. | Encik Azman Ahmad |
Penolong Pengurus Unit Pengurusan Mesyuarat |
Telefon: 03-7884 6453 Faks: 03-7884 6500 E-mel: azman.angkasa@gmail.com |