Menu

VISI

Menjadikan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia sebagai peneraju kecemerlangan modal insan ANGKASA ke arah melahirkan warga kerja yang cemerlang, berdaya saing dan melahirkan suasana kerja yang kondusif menjelang tahun 2020.

MISI

Memancu transformasi pembangunan dan pengurusan sumber manusia ANGKASA untuk melahirkan warga kerja ANGKASA yang berdaya saing, berintegriti dan kompeten melalui pengurusan organisasi dan latihan yang berkualiti secara inovatif dan strategik

PERANAN & FUNGSI BAHAGIAN

1. Perancangan Sumber Manusia

Merancang, melaksanakan dasar yang berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan sumber manusia bagi memenuhi keperluan organisasi selaras dengan Visi, Misi dan Objektif ANGKASA;

2. Pembangunan Sumber Manusia

Menganalisa keperluan, membangun, merancang dan menguruskan program-program pembangunan latihan dan kompetensi berasaskan kemahiran (skills), sikap (attitude) dan pengetahuan (knowledge) untuk Pegawai & Kakitangan ANGKASA melalui program latihan, pembelajaran berterusan dan pembangunan kompetensi untuk menjadikan warga kerja ANGKASA yang kompeten dan professional.

3. Perjawatan

Merancang dan mengkaji keperluan sumber manusia dan menguruskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan seperti pengambilan kakitangan baru, lantikan, perlanjutan tempoh percubaan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat  tanggung kerja dan pemangkuan, pertukaran dan penempatan serta persaraan.

4. Penggajian dan Faedah

Menguruskan penggajian dan faedah termasuk ganjaran kakitangan, pampasan persaraan, elaun-elaun, subsidi,  kemudahan perubatan dan insuran kakitangan serta potongan wajib berdasarkan akta dan peruntukan undang-undang. 

5. Pengurusan Disiplin dan Perhubungan Perusahaan

Menguruskan disiplin kakitangan dan hubungan perusahaan termasuk proses rundingan perjanjian bersama dan rundingan damai antara ANGKASA dengan Kesatuan Sekerja termasuk pengendalian kes-kes yang dirujuk di Pejabat Buruh, Mahkamah Buruh, Jabatan Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan.

6. Pematuhan Undang-Undang

Memastikan kepatuhan undang-undang yang berkaitan perkhidmatan seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial / Perkeso, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya dalam perlaksanaan dan pengurusan kakitangan.

7. Riadah , Silaturrahim dan Kemudahan

Mengendalikan program-program riadah dan silaturrahim pengwujudan program dan lokaliti kebajikan dan kemudahan kakitangan bagi menjaga kebajikan warga kerja ANGKASA, ke arah budaya kerja yang sihat dan positif.

8. Tanggungjawab Sosial dan Sukarelawan

Membentuk nilai-nilai murni dan sikap kerja positif warga kerja ANGKASA melalui program tanggungjawab sosial yang digerakkan oleh Sukarelawan Koperasi ANGKASA kepada masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

1. Merancang dan melaksana dasar yang berkaitan pembangunan dan pengurusan sumber manusia

2. Merancang dan melaksanakan program-program pengurusan dan pembangunan sumber manusia bagi melahirkan warga kerja yang kompeten

3. Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana harmoni

4. Menjadi penasihat dalam aspek pengurusan sumber manusia

CARTA ORGANISASI

b_660_0_16777215_00_images_Carta-Organisasi-Pembangunan-Sumber-Manusia.jpg

 MAKLUMAT PERHUBUNGAN

PUAN HAJAH ROSZURINA HAJI OMAR
Pengurus Besar
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA (Tingkat 2)
 Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7823 / +603 - 7800 8135 Faks: +603 - 7803 42752 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

PELAWAT DI TALIAN

Terdapat 115 tetamu dan tiada ahli online

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 496 Seksyen 6, KTLD
No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching,  Sarawak
Tel : +6082 239 401 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

STATISTIK PELAWAT LAMAN WEB

26169154
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Keseluruhan
1296
6061
42261
3866563
147249
261142
26169154

IP Anda: 54.224.155.169
21-10-2017 05:46
Go to top