Ruj kami: AKKM: 1/7/3 Jld. 5 (28)
24 Mei 2017
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 04/ 2017
BAYARAN PRORATA KEPADA POTONGAN INSURAN BAGI KAKITANGAN JABATAN
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA - JANM, BERMULA POTONGAN GAJI BULAN APRIL 2017.
Perkara di atas adalah dirujuk.
Sepertimana yang telah diketahui, kaedah pengagihan bayaran secara prorata (Programe Prorate) telah diguna pakai untuk semua pelanggan BPA yang terlibat dengan bayaran terkurang daripada penjawat awam (shortpaid).
Oleh itu, impak yang paling ketara ialah kepada potongan insurans ahli yang tidak dapat dibayar secara penuh. Sehubungan dengan itu, diharap semua syarikat insurans dapat mempertimbangkan supaya tidak mengenakan tindakan terhadap pemegang polisi insuran ahli yang terlibat ini.
Sekian, harap maklum.
Terima kasih.