Ruj kami: AKKM: 1/7/3 Jld. 5 (27)
24 Mei 2017
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 03/ 2017
SEKATAN BAYARAN POTONGAN GAJI SEHINGGA MAKSIMUM 60% BERMULA
APRIL 2017 UNTUK KAKITANGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA - JANM.
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan untuk potongan gaji bulan April 2017, ANGKASA telah menerima jumlah bayaran yang terkurang terlalu banyak dan ahli yang terlibat juga terlalu ramai berbanding potongan gaji bulan Mac 2017 dan juga yang sebelum ini.
Oleh yang demikian, bayaran tersebut telah diproses secara prorata (Program Prorate) untuk semua Pelanggan BPA (bank, koperasi, yayasan, insuran, kesatuan dan lain-lain). Jika situasi ini berterusan untuk bulan Mei 2017 dan seterusnya maka bayaran tersebut juga akan diproses secara prorata seperti bulan ini.
Semua Pelanggan BPA boleh menyemak makluman daripada Angkasa kepada penjawat awam tentang sekatan 60% ini, di dalam laman web dan 'Facebook' ANGKASA serta di dalam Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Bermula pada 2/5/2017, terdapat penjawat awam yang telah membuat bayaran yang terkurang kepada ANGKASA. Bayaran tersebut akan dikreditkan ke akaun bank Pelanggan BPA dalam masa (tempoh) 7 hari bekerja, selepas tarikh penjawat awam 'bank in' bayaran ke akaun bank Angkasa di CIMB (Makluman bayaran adalah sepertimana di dalam Laman Web, ANGKASA). Pada masa ini, setiap hari masih ada lagi penjawat awam yang membuat bayaran terkurang kepada ANGKASA.
Memandangkan ini adalah arahan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) maka pihak ANGKASA berharap supaya semua pelanggan BPA boleh mempertimbangkan agar tidak mengenakan caj lewat bayar (Late Payment Charges) kepada penjawat awam yang terlibat.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.