Ruj kami : AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (37)
Tarikh      : 15 April 2019

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 01/ 2019

PENGESAHAN KAKITANGAN UNTUK MAJIKAN DI BAWAH:-

  1. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA.
  2. JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR.
  3. SME CORPORATION MALAYSIA.
  4. TWIN REVENUE SDN BHD.
  5. IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SELANGOR.
  6. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, MALAYSIA.
  7. HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
  8. PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA, BERNAMA.
  9. JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA(RELA).

Dimaklumkan bahawa majikan di atas telah mengeluarkan arahan dengan menyatakan bahawa kuasa menandatangani borang BPA hanya diberikan kepada pegawai-pegawai yang dilantik sahaja.

Dilampirkan bersama surat dari majikan tersebut, berkenaan dengan nama pegawai yang diberi kuasa menandatangani borang BPA untuk rujukan dan tindakan semua pelanggan BPA.

Semua pelanggan BPA perlu memastikan kakitangan di jabatan tersebut mendapat pengesahan dari pegawai yang dilantik sebagai kebenaran untuk ANGKASA menguruskan potongan gaji pada borang BPA 1/79 termasuk pinjaman bertindih (overlaping).

Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan pelanggan BPA perlu mematuhi arahan ini.

Sekian. Terima kasih

“SADIK, AMANAH, TELUS”