25 Jan 2018

Kepada  Semua
Koperasi/ Organisasi/ Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 1/2018

MASALAH BAYARAN REJEK UNTUK SEMUA AG/ KEMENTERIAN BAGI BULAN JAN 2018

Perkara  di  atas  adalah dirujuk,  bermula  Jan  2018, pihak  AG  telah  melaksanakan sistem bayaran potongan gaji yang  baharu yang  dikenali  sebagai 1GFMAS.

Atas sebab sebab-sebab yang  tidak  dapat dielakkan telah  berlaku masalah yang melibatkan sebahagian gaji penjawat awam dipotong berganda.

Bagi  menyelesaikan masalah  ini pihak  Angkasa akan   membuat bayaran  refund kepada penjawat  awam seluruh  Malaysia  yang   terlibat  dengan  kadar segera. Untuk  maklumat  nombor  akaun  yang   telah   diterima  oleh   Angkasa  dari   JANM setakat  pukul  1.00 petang (25 Jan  2018) , bayaran akan  diterima  oleh  penjawat awam yang  terlibat  ialah  pada  keesokan harinya  (26 Jan  2018) sebelum  pukul  3 petang. Untuk rekod  yang  selebihnya Angkasa akan  membuat bayaran sebaik menerima nombor akaun daripada pihak JANM.

Jika  ada sebarang  pertanyaan mengenai  perkara ini, boleh  hubungi  unit  Akaun
Kutipan  & Bayaran ANGKASA.

Pegawai untuk dihubungi:

1.

Hjh Salmiah Abd  Rahman

: 03-7800 8110

2.

En Zahari Omar

: 03-7800 7837

3.

Pn Hjh Parizah Mat Lodin

: 03-7884 6418

4.

Pn Rozanah Mohd Yusof

: 03-7800 7815

5.

En Abd  Rahman Baba

: 03-7800 7838

Sekian, terima kasih