18 Mei 2016
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 07/ 2016
Penggunaan Khidmat Syarikat / Agen Pemasaran Bagi Pihak Koperasi.
Dimaklumkan, kebelakangan ini banyak aduan dari peminjam diterima oleh ANGKASA khususnya mengenai mengenai rasa tidak puashati terhadap koperasi yang menggunakan syarikat atau agen pemasaran. Peminjam mengadu Jumlah Pinjaman yang diperolehi tidak sama seperti yang dijanjikan oleh agen pemasaran semasa permohonan pinjaman diluluskan.
Terdapat juga kes dimana Agen / Wakil Pemasaran yang mengambil sebahagian wang pinjaman dari peminjam atas pelbagai alasan.
Dalam hal ini, pihak ANGKASA ingin menegaskan agar Koperasi lebih bertanggungjawab dalam pemberian pinjaman yang diuruskan oleh syarikat atau agen pemasaran yang mereka lantik.
Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa SERTA MERTA, sebarang aduan yang diterima oleh ANGKASA dari peminjam mengenai ketidakadilan koperasi yang diuruskan oleh wakil / agen pemasaran maka tuntutan potongan tersebut akan dihentikan. Tuntutan potongan peminjam hanya akan diuruskan semula oleh ANGKASA selepas penjelasan munasabah diterima dari pihak koperasi.
Sekian, terima kasih.