Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 05/ 2019

PENGESAHAN KAKITANGAN UNTUK MAJIKAN DI BAWAH:-

  1. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, MALAYSIA
  2. JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, ZON TENGAH UNIT I WPKL
  3. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
  4. SME CORPORATION MALAYSIA
  5. JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA, KLIA
  6. HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, NEGERI SEMBILAN
  7. TEKUN NASIONAL
  8. HOSPITAL KLUSTER PERAK UTARA, PERAK- HOSPITAL TAIPING
  9. JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa majikan di atas telah mengeluarkan arahan dengan menyatakan bahawa kuasa menandatangani borang BPA hanya diberikan kepada pegawai-pegawai yang dilantik sahaja.

Dilampirkan bersama surat dari majikan tersebut, berkenaan dengan nama pegawai yang diberi kuasa menandatangani borang BPA untuk rujukan dan tindakan semua pelanggan BPA.

Semua pelanggan BPA perlu memastikan kakitangan di jabatan tersebut mendapat pengesahan dari pegawai yang dilantik sebagai kebenaran untuk ANGKASA menguruskan potongan gaji pada borang BPA 1/79 termasuk pinjaman bertindih (overlaping).

Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan pelanggan BPA perlu mematuhi arahan ini.

Sekian. Terima kasih

“SADIK, AMANAH, TELUS”

 

Nota : Contoh pengesahan majikan rujuk kepada salinan yang telah dihantar kepada pelanggan melalui pos.