Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Maklumat Lengkap Nama Bank dan Nombor Akaun Ahli / Peminjam
Dimaklumkan bahawa, pihak Angkasa memerlukan maklumat lengkap nama bank dan nombor akaun ahli / peminjam dalam urusan pengembalian lebihan potongan gaji mereka (jika ada).
Untuk makluman, ada maklumat nombor akaun yang tidak lengkap di dalam skrin Pertanyaan Maklumat Tambahan Anggota pada ruangan maklumat bank (Dalam Sistem SPGA).
(contoh : Kod Bank : MBB
No. Akaun Bank : 1234xxxxxxx )- nombor akaun yang tertera dlm slip
gaji ahli /peminjam seperti ini adalah
tidak lengkap.
1. Disebabkan maklumat bank yang tidak lengkap ini, terdapat bayaran pengembalian yang dihantar ke Akta Wang Tidak Dituntut kerana ahli / peminjam berkenaan tidak dapat dihubungi oleh pihak Angkasa.
2. Oleh yang demikian, sila pastikan maklumat nombor akaun bank individu dilengkapkan oleh pihak ahli / peminjam tersebut dalam Borang 1/79.
3. Manakala pihak tuan / puan pula, perlu mengemaskini maklumat tersebut dengan lengkap dalam Skrin Kemasukan Arahan 1/79 (Dalam Sistem SPGA).
4. Pihak Angkasa juga akan menghubungi pihak tuan / puan jika masih terdapat nombor akaun bank yang tidak lengkap dalam Skrin Kemasukan Arahan 1/79 bagi kes-kes yang baru.
Sekian dimaklumkan.Terima kasih.
“SADIK, AMANAH, TELUS”