Ruj kami :  AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (14 )

 

16 Februari 2016

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 04/ 2016

TARIKH PENGHANTARAN BAYARAN DARI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYASIA KE ANGKASA UNTUK TAHUN 2016.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa bermula pada Januari 2016, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), cawangan setiap negeri dan Kementerian akan menghantar data bayaran dan bayaran ke ANGKASA hanya bermula pada 26hb dan ke atas pada setiap bulan.

Oleh yang demikian, kemungkinan bayaran dari JANM dan kementerian akan diterima oleh koperasi / organisasi pelanggan BPA adalah pada bulan berikutnya disebabkan oleh kelewatan bayaran tersebut. 

Jika koperasi / organisasi pelanggan BPA ada sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi  Unit Akaun Kutipan & Bayaran ANGKASA.

Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.