Ruj kami :  AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (34)
Tarikh      : 18 Mei 2018

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 03/ 2018

PENGENAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (Good and Services Tax – GST) PADA KADAR SIFAR.

Seperti sedia maklum, Kementerian Kewangan melalui Siaran Media, telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Good and Services Tax – GST) pada kadar 6% akan dikenakan GST pada kadar sifar (0%.). Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa pada 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

Sehubungan dengan itu, semua pelanggan BPA yang telah mengenakan GST ke atas pelanggan mereka melalui potongan gaji ANGKASA, perlu memberi arahan untuk menghentikan potongan tersebut melalui skrin SPGA atau hantar senarai nama dan jumlah tersebut untuk ANGKASA hentikan potongan melalui program khas. Tarikh akhir terimaan arahan pemberhentian potongan GST adalah pada 31 Mei 2018. Bulan akhir potongan berkuatkuasa Jun 2018. Senarai boleh di emel ke wanasdi@angkasa.coop; fauziyah@angkasa.coop.

Pada masa yang sama, pelanggan yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran inbois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input. Pelanggan juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011 setiap masa. Pelanggan juga boleh rujuk kepada siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Sekian, terima kasih

“SADIK, AMANAH, TELUS”