Ruj kami : AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (13 )
16 Februari 2016
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 03/ 2016
PELAKSANAAN PEMBAYARAN GAJI ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) MELALUI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN).
Perkara di atas adalah dirujuk.
Seperti yang sedia maklum, bermula Januari 2016 semua gaji dan potongan gaji untuk anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah diuruskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Perkara ini telah menyebabkan berlaku perubahan pada nombor gaji dan nombor badan untuk anggota PDRM. Nombor gaji akan bermula pada angka 8 dan nombor badan anggota akan ditukar kepada nombor kad pengenalan awam.
Koperasi / organisasi pelanggan BPA perlu menggunakan nombor kad pengenalan awam dan nombor gaji baru semasa memasukkan maklumat anggota dalam Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA). Rujuk pada penyata gaji terbaru bermula Januari 2016.
Semua koperasi / organisasi pelanggan BPA perlu mengambil tindakan terhadap perubahan ini. Bayaran kepada koperasi / organisasi pelanggan BPA akan menggunakan nombor kad pengenalan baru bermula pada potongan gaji bulan Mac 2016.
Jika koperasi / organisasi pelanggan BPA ada sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi ANGKASA.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.