Rujkami :  AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (22)

12November 2016

Kepadasemua
Koperasi / OrganisasiPelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN :12/ 2016.

BAYARAN DARI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA KE ANGKASA BERMULA PADA BULAN OGOS 2016 – DATA BAYARAN DIPROSES AWAL TETAPI BAYARAN LEWAT DITERIMA (BAYARAN IN-TRANSIT).
Perkara di atas dan Pekeliling Koperasi Bilangan : 04/2016 yang bertarikh 16/2/2016 adalah dirujuk.
Seperti sedia maklum bahawa bermula pada Januari 2016, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), cawangan setiap negeri dan Kementerian akan menghantar data bayaran dan bayaran ke ANGKASA hanya bermula pada 26hb dan ke atas pada setiap bulan.
Bagaimanapun, pihak JANM telah pun menghantar data bayaran lebih awal kepada ANGKASA pada setiap bulan. Oleh yang demikian, pihak ANGKASA telah memproses data bayaran tersebut lebih awal iaitu sebelum 26 haribulan pada setiap bulan.
Proses data bayaran ini dipanggil “Bayaran in-transit” kerana JANM belum lagi membuat bayaran kepada ANGKASA. Selepas bayaran diterima oleh ANGKASA daripada JANM yang berkaitan barulah bayaran dibuat kepada semua pelanggan BPA dan tarikh kredit akan dimasukkan dalam skrin lejer bayaran koperasi dalam sistem SPGA.
Jika koperasi / organisasi pelanggan BPA ada sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi  Unit Akaun Kutipan & Bayaran ANGKASA.
Terima kasih.