Ruj kami : AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (21)
12 Oktober 2016
Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 11/ 2016
JABATAN PERBENDAHARAAN NEGERI SARAWAK .
BORANG T228 – REQUEST FOR PAYMENT OF AN ALLOTMENT – LOCAL.
Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengeluarkan arahan berkenaan prosedur potongan gaji untuk semua pegawai jabatan mereka dimana ianya hendaklah melalui arahan bertulis daripada pegawai berkenaan dengan menggunakan borang T228 yang Asal, Lengkap dan Teratur.
Dilampirkan bersama surat berserta contoh pengisian borang T228 daripada jabatan berkenaan untuk rujukan dan tindakan semua koperasi / organisasi pelanggan BPA. Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan arahan potongan gaji akan ditolak oleh jabatan tersebut.
Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan pelanggan BPA perlu mematuhi arahan ini.
Terima kasih.