Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 02/ 2020
PENYATA GAJI BULANAN DALAM TEMPOH PELAKSANAAN PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BULANAN KEMUDAHAN PINJAMAN (MORATORIUM).

Seperti yang sedia maklum oleh semua koperasi & pelanggan BPA, Malaysia kini berdepan dengan pandemik COVID-19 dan berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sehubungan dengan itu, pada 25 Mac 2020, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan beberapa langkah untuk menyokong insitiusi perbankan bagi membantu invidivu dalam menangani kesan pendemik COVID-19.

Antara langkah tersebut ialah dengan melaksanakan penangguhan (moratorium) bayaran ansuran bulanan pinjaman selama 6 bulan bermula April 2020 bagi meringankan beban kepada semua yang terlibat. Selaras dengan perlaksanaan moratorium ini, penyata gaji bulan April 2020 hingga September 2020 akan menunjukkan pengurangan atau tiada potongan kepada ANGKASA.

Bagi memastikan had potongan tidak melebihi dari had kelayakan, ANGKASA minta  semua koperasi & pelanggan  hendaklah menggunakan penyata gaji bulan tiga (3) atau sebelum perlaksanaan moratorium dan penyata gaji bulan semasa sebagai rujukan permohonan / pembiayaan potongan gaji yang baru. Untuk makluman juga, semua potongan yang terlibat dengan moratorium ini ada dalam potongan in-transit SPGA dan telah diambil kira untuk had kelayakan 60%.
 
Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan semua koperasi dan  pelanggan BPA perlu mematuhi arahan ini.

Sekian. Terima kasih