Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 01/2021
PELANGGAN AKSES KE PORTAL ANGKASA UNTUK PENYATA BAYARAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Seperti yang sedia maklum, bermula pada 18 Mac 2020 kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh Pandemik Covid-19 dan ianya berterusan sehingga kini.

Berkaitan dengan perkara tersebut, semua pergerakan kakitangan adalah terhad. Oleh itu, mulai dari tarikh pekeliling ini, semua pelanggan yang masih lagi tidak menggunakan PORTAL untuk akses Penyata Bayaran bolehlah mengakses semua Penyata Bayaran ke PORTAL Angkasa iaitu http://portal.sola.my

Sekiranya koperasi / organisasi pelanggan BPA mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel komputer@angkasa.coop

Sekian,dimaklumkan.

Terima kasih.

“SADIK,AMANAH,TELUS”