Ruj kami : AKKM : 1/7/3 Jld.5(44)
Tarikh      : 4 Jun 2020

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 01/ 2020
PENGESAHAN MAJIKAN PADA BORANG KEBENARAN POTONGAN GAJI ANGKASA BPA 1/79 SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).

Setelah mendapat banyak pertanyaan dari koperasi & pelanggan BPA berkenaan dengan perkara di atas, ANGKASA bersetuju bahawa pengesahan majikan pada borang BPA 1/79 dikecualikan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu sehingga 28 April 2020 atau tarikh baru yang akan ditentukan kelak.

Pengecualian ini tertakluk kepada pinjaman dan potongan baru di mana koperasi dan pelanggan perlu mendapat pengesahan melalui aplikasi ‘whatsapp’ atau e-mel daripada pihak majikan.

Pada masa yang sama, semua koperasi & pelanggan BPA perlu memasukkan maklumat anggota dalam Skrin Kemaskini Arahan 1/79 dalam Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) dan membuat pengesahan seperti biasa.  Penghantaran borang dan semua salinan dokumen juga berjalan seperti biasa.

Untuk kes yang melibatkan pinjaman bertindih, perubahan potongan dan sebagainya, yang menggunakan Skrin Kemaskini Arahan 2/79 dalam SPGA, proses kerja berjalan seperti biasa tidak memerlukan tandatangan majikan.

Sekian. Terima kasih