Ruj kami : AKKM:1/7/3Jld.5 (54)
Tarikh       : 31 Januari 2024

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

th

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 01/2024.

SALINAN PENYATA GAJI YANG DIPINDA, DIPALSUKAN DAN ISU KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS DIKALANGAN PENJAWAT AWAM.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sejak ahkir-akhir ini, ANGKASA telah menerima banyak kes dan aduan yang melibatkan pindaan kepada penyata gaji yang dihantar oleh pelanggan BPA bersama Borang Kebenaran Potongan Gaji BPA 1/79 & 2/79. Pindaan ini dibuat bagi membolehkan had potongan kelayakan bawah dari 60%.

3.ANGKASA memandang serius isu yang melibatkan penipuan slip gaji yang dihantar oleh pelanggan BPA. Jika pelanggan BPA didapati terlibat dan bersalah, ANGKASA akan mengambil tindakan tegas dengan memberhentikan Potongan gaji  serta merta tanpa sebarang notis kepada pelanggan.

4. Tindakan tegas perlu dibuat kepada pelanggan yang terlibat untuk membendung isu Keterhutangan Kewangan Yang Serius yang melibatkan penjawat awam.

5. ANGKASA minta kerjasama semua pelanggan BPA agar isu ini tidak berlaku lagi. Penipuan penyata gaji ini menjadikan potongan melebihi 60% dan akan menyebabkan bayaran diterima kurang. Ini akan memberi impak yang negatif kepada peminjam, pelanggan, majikan dan ANGKASA secara keseluruhan.

Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta. Semua pelanggan BPA perlu bekerjasama dan patuh pada arahan ini. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi potongan@angkasa.coop

Sekian, Terima kasih.

“SADIK, AMANAH, TELUS”