Sektor Pemborongan & Peruncitan

VISI

Menjadi Pemangkin Pembangunan Koperasi Dalam Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Yang Profesional Melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan Menjelang Tahun 2025

MISI

Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta meransang penglibatan koperasi dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan melalui pengurusan yang profesional.

OBJEKTIF

1. Pembekalan produk keperluan/asas dengan harga yang berpatutan.

2. Meningkatkan kuasa beli serta meningkatkan taraf hidup anggota koperasi.

3. Mewujudkan rantaian pembekalan produk-produk koperasi dan keperluan asas dalam Gerakan Koperasi.

4. Mewujudkan jaringan ekonomi dari Pengeluar, Pembekal, Pengedar, Peruncit dan Pengguna.

5. Merangsang perniagaan dan keusahawanan peruncitan Gerakan Koperasi melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA.

6. Memberi pendedahan yang lebih terperinci dalam bidang peruncitan termasuk pengurusan dan kedai dan lesen runcit berkaitan.

AKTIVITI SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN

1. Pembangunan Produk Koperasi

- Mengenalpasti koperasi-koperasi yang mengeluarkan dan mengedarkan produk untuk disenarai dan dipilih bagi program pembangunan.

- Mengemaskini data produk dan mengkategorikan produk-produk mengikut kluster dan tahap pengeluaran sebelum dipilih menyertai program pembangunan.

- Memantau prestasi pemasaran dan jualan produk-produk koperasi yang menyertai program secara bulanan dan tahunan.

- Menilai prestasi dan perkembangan koperasi-koperasi peserta program pembangunan bagi tujuan penambahbaikan dan pemerkasaan.

2. Promosi dan Pemasaran

- Merancang dan melaksanakan program pemasaran produk-produk koperasi di dalam dan luar negara.

- Mengenalpasti segmen pasaran bagi tujuan penempatan produk-produk koperasi.

- Membantu koperasi-koperasi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka melalui program-program yang terancang.

-  Membentuk kerjasama dengan rakan-rakan strategik berkaitan untuk tujuan penempatan produk-produk koperasi.

- Menilai prestasi program-program yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan.

- Menyelaras dan menyebarluas program promosi dan pemasaran produk-produk koperasi secara bersepadu dan tersusun.

- Mengerakkan dan memperkukuhkan program promosi produk-produk koperasi dengan kerjasama strategik antara Kementerian, agensi dan pihak swasta.

3. Pemborongan dan Peruncitan

3.1 Pembangunan Pengedaran Produk Koperasi

- Merancang dan melaksanakan program selaras dengan projek-projek pengedaran barang-barang asas dan produk koperasi.

- Mengenalpasti kemudahan logistik dan penyimpanan yang sesuai dan efektif dalam projek pengedaran yang dibangunkan untuk Gerakan Koperasi.

- Memantau perkembangan aktiviti pemborongan dan pengedaran koperasi-koperasi pengedaran di bawah program yang dirancang.

- Menilai prestasi aktiviti koperasi dan pembangunan projek yang telah dirancang dan dilaksanakan.

3.2 Pembangunan Peruncitan Koperasi

- Mengenalpasti dan mengumpul data koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan bagi tujuan pembangunan projek peruncitan.

- Merancang dan melaksanakan program melalui projek peruncitan bagi membentuk rantaian peruncitan dalam Gerakan Koperasi.

- Membentuk segmen pasaran dan penempatan produk-produk koperasi yang berpotensi.

- Memantau perkembangan aktiviti peruncitan koperasi melalui jualan bulanan dan tahunan.

- Menilai prestasi program peruncitan bagi tujuan pembangunan dan penambahbaikan.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN 

ENCIK HUSNAIDY IBRAHIM
Pengurus 
Sektor Pemborongan & Peruncitan

Ibu pejabat:-
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6666  / 7888 Faks: +603 - 7884 6681

Pejabat bahagian:-
No.110, Block C, Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor

Klik di sini untuk muat turun senarai kakitangan.