Bahagian Sekolah & Pengajian Tinggi

PENGENALAN

- Kewujudan Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi ialah untuk menjadikan bahagian ini sebagai one-stop-centre untuk semua aktiviti pembangunan perniagaan dan khidmat nasihat mengenai tadbir urus dan kewangan koperasi sekolah dan pengajian tinggi. Bahagian ini akan menyelaras dengan bahagian-bahagian dan sektor-sektor lain yang menyediakan perkhidmatan untuk semua program-program yang melibatkan koperasi sekolah dan pengajian tinggi.

- Ia juga dapat melancarkan fungsi dan peranan bahagian dengan lebih teratur dan lancar serta memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada pentadbiran/ pengurusan.

- Selain itu, ia dapat memastikan perancangan strategik dan KPI bahagian dapat dilaksanakan dengan lebih berjaya terutama di dalam pembangunan perniagaan koperasi sekolah dan pengajian tinggi khususnya program BA100 dan ANGKSA Niaga yang disebarkan pada bahagian sekolah/IPT dan ianya telah diangkat sebagai program negara. 

VISI

- Menjadi bahagian yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan ekonomi dan pendidikan koperasi sekolah dan IPT menjelang  2025

MISI

- Melaksanakan program pendidikan yang berkualiti mengenai kesedaran berkoperasi dan merangsang pembangunan ekonomi, budaya dan sosial

MATLAMAT

- Melaksanakan halatuju perniagaan bagi mengenalpasti/menyelesaikan isu-isu permasalahan berkaitan perniagaan, pengurusan dan kewangan koperasi sekolah dan pengajian tinggi.

- Melaksanakan aktiviti ekonomi yang boleh dan sesuai diceburi oleh koperasi sekolah bagi memastikan impak jangka masa panjang tercapai.

- Berkongsi idea dan pengalaman berkaitan teknik pengurusan koperasi dan aktiviti ekonomi koperasi sekolah dan pengajian tinggi.

STRATEGI

- Menyediakan program pembangunan ekonomi melalui konvensyen, seminar, kolokium, bengkel, dialog, kursus, taklimat, rundingan, lawatan penanda aras, khidmat nasihat, penulisan, kajian dan penyelidikan

MODUS OPERANDI

- Mengenalpasti dan menggalakan koperasi sekolah dan pengajian tinggi terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk meningkatkan perolehan di samping menerapkan nilai-nilai keusahawanan dikalangan murid sekolah dan pelajar pengajian tinggi.

SKOP PENGLIBATAN BAHAGIAN

SEKOLAH

PENGAJIAN TINGGI

Pembangunan dan Pengembangan Koperasi Sekolah

Perlancongan Koperasi Sekolah (PKS)

Pembangunan dan Pengembangan Koperasi Pengajian Tinggi

SENARAI AHLI-AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN SEKOLAH DAN PENGAJIAN TINGGI (BSPT)

Klik di sini untuk muat turun senarai.

SENARAI AHLI-AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL BAHAGIAN SEKOLAH DAN PENGAJIAN TINGGI (BSPT)

Klik di sini untuk muat turun senarai.

STRUKTUR BAHAGIAN SEKOLAH & PENGAJIAN TINGGI

Klik di sini untuk muat turun struktur.

 

TERMA RUJUKAN (TERM OF REFERENCE) - TOR

- One-stop-centre untuk semua aktiviti pembangunan perniagaan dan perkhidmatan koperasi sekolah dan IPT.

- Menyelaras dengan bahagian-bahagian dan sektor-sektor lain yang menyediakan perkhidmatan untuk semua program-program yang melibatkan koperasi sekolah dan IPT.

- Bertanggungjawab dalam perhubungan bersama dengan agensi-agensi kerjaaan dan bukan kerajaan dalam memantapkan program.

- Menyediakan program pembangunan ekonomi melalui konvensyen, seminar, kolokium, bengkel, dialog, kursus, taklimat, rundingan, lawatan penanda aras, khidmat nasihat, penulisan, kajian dan penyelidikan.

- Melaksanakan halatuju perniagaan koperasi sekolah/IPT dan mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu permasalahan berkaitan perniagaan, pengurusan dan kewangan koperasi sekolah dan IPT.

- Melaksanakan aktiviti ekonomi yang boleh dan sesuai diceburi oleh koperasi bagi memastikan impak jangka masa panjang tercapai yang melibatkan peningkatan perolehan, pembinaan kiosk, mengambil alih perniagaan kantin dan lain-lain perniagaan.

- Mengenalpasti dan menggalakkan koperasi sekolah dan IPT yang menjalankan perkhidmatan pelancongan koperasi sekolah (PKS) melalui HOS dan TAMU dan program-program IPT.

- Mendapatkan jumlah pendapatan bulanan/tahunan hasil jualan dan perkhidmatan koperasi yang menjalankan PKS.

- Menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah, Pelancongan Koperasi Sekolah dan Ikon Muda Koperator Sekolah.

SKOP TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB

UNIT SEKOLAH

- Memastikan kepelbagaian pembangunan perniagaan koperasi sekolah dapat dikembangkan menggunakan acuan koperasi masing-masing berdasarkan Undang-Undang Koperasi dan Perkeliling Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bahagian Teknik dan Vokasional (BPTV) dan lain-lain agensi yang terlibat. Contoh – pembinaan kiosk, mengambil alih kantin di sekolah, menubuhkan TASKA, pembinaan parking kereta dan lain-lain perniagaan yang bersesuaian.

- Menjalinkan kerjasama dengan Kementerian dan Agensi yang terlibat bagi memastikan supaya hubungan ANGKASA dapat diteruskan bagi menjaga hubungan baik dalam memperkembangkan perniagaan koperasi sekolah.  

- Mengenalpasti gerakan koperasi sekolah di Malaysia meningkatkan perolehan dan mempelbagaikan perniagaan melalui skop perniagaan yang bersesuai seterusnya boleh menjanakan perolehan sehingga RM1 juta setahun.

- Mengenalpasti koperasi atau syarikat yang boleh bekerjasama memperkenalkan produk-produk memasuki pasaran koperasi sekolah berdasarkan kesesuaian dengan kehendak Dasar Kementerian dan yang lebih penting mendapat kelulusan daripada kementerian. Kelulusan kementerian ini membolehkan produk-produk boleh dijual dikoperasi mengikut peraturan. Disamping itu, unit juga boleh menambahkan SBU bahagian masing-masing.

- Bagi memastikan perkara yang dinyatakan di atas bergerak dengan pantas, program/bengkel 3@4 objektif dalam satu-satu program, berterusan tanpa ada halangan dan kekangan . Kami telah menjalankan program-program seperti berikut :

     a) Dialog Pengetua – Pentadbiran/Pengurusan & Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah

- Dialog ini dijalankan awal tahun bagi memastikan pengetua-pengetua mendapat maklumat dan pengetahuan pembangunan perniagaan koperasi sekolah yang diperkenalkan tidak melanggar undang-undang dan perkeliling kerajaan. Dialog pengetua juga memberi fokus kepada pengetua-pengetua lantikan baru mengikut negeri. Tanpa sokongan pengetua atau pentadbir segala pembangunan perniagaan tidak dapat dilaksanakan.

 

     b) Program/Bengkel Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah & Lawatan Penanda Aras

- Program/ Bengkel ini dijalankan selama 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam berdasarkan permintaan dan tujuan program. Program/Bengkel ini khusus untuk Pengetua/PKKO/Guru Koperasi sekolah sahaja.

- Boleh dijalankan di dalam negeri atau di luar negeri masing-masing. Setiap pengisian program/bengkel adalah lebih kepada teori, praktikal dan pengalaman langsung gerakan koperasi sekolah melihat sendiri koperasi yang berjaya dan mempu untuk diikuti oleh koperasi yang sedia ada.

- Teori/Praktikal – Wakil daripada KPM/MARA/BPTV dan agensi yang terlibat dengan peraturan pengurusan koperasi sekolah yang tidak melanggar undang-undang dan dasar kementerian. Cth : Permohonan pembinaan kiosk dan lawatan terus ke kiosk, Permohonan menubuhkan TASKA dan lawatan terus ke koperasi sekolah membina TASKA, pengubahsuaian bangunan koperasi dan terus membawa terus kepada koperasi sekolah yang membina bangunan baru koperasi mengikut undang-undang.

- Teori – Akan menjelaskan secara umum pengurusan dan pentadbiran serta kewangan kepada peserta oleh pegawai kami yang terlibat.

- Bengkel – Bengkel ini lebih kepada praktikal bagaimana penggunaan kewangan koperasi dan cara mewujudkan aturan-aturan tabung untuk menjalankan perniagaan. Pembahagian kumpulan perlu dilakukan bagi memastikan peserta lebih focus.

- Disamping itu, di dalam program/bengkel ini juga mempromosikan Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) yang boleh menjana pendapatan koperasi melalui PKS.

- Selain itu, kami juga akan menjemput koperasi atau syaraikat yang bekerjasama yang memperkenalkan produk koperasi sekolah dengan memberi ceramah atau lawatan terus ke kilang/syarikat.

 

      c) Program Khas Memperkasakan Kiosk Melalui Pembangunan Perniagaan Koperasi dan Lawatan ke Kiosk

- Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam. Ia lebih memberi fokus kepada pembangunan perniagaan kiosk. Proses pembinaan dari awal sehinggalah kiosk boleh beroperasi.

- Menjemput Agensi-Agensi yang terlibat dengan pembianaan kiosk. Cth : KPM, MARA, BPTV, KWSP, PERKESO, KESIHATAN dan lain-lain yang bersesuaian.

- Teori – Akan menjelaskan secara umum pengurusan dan pentadbiran serta kewangan kepada peserta oleh pegawai kami yang terlibat.

- Bengkel – Bengkel ini lebih kepada praktikal bagaimana penggunaan kewangan koperasi dan cara mewujudkan aturan-aturan tabung untuk menjalankan perniagaan. Pembahagian kumpulan perlu dilakukan bagi memastikan peserta lebih focus.

- Disamping itu, di dalam program/bengkel ini juga mempromosikan Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) yang boleh menjana pendapatan koperasi melalui PKS.

- Selain itu, kami juga akan menjemput koperasi atau syaraikat yang bekerjasama yang memperkenalkan produk koperasi sekolah dengan memberi ceramah atau lawatan terus ke kilang/syarikat.

 

      d) Program Khas Pembangunan Perniagaan Melalui Penghasilan Produk Koperasi Sekolah

- Program ini dijalankan 2 hari 1malam. Ia lebih memberi fokus bagaimana proses dan penghasilan produk koperasi sekolah masing-masing mengikut Dasar Kementerian dan Agensi yang bersesuaian.

- Menjemput Agensi-Agensi yang terlibat dengan penghasilan produk. Cth : KPM, MARA, BPTV, KWSP, PERKESO, KESIHATAN, MARDI, LPP dan lain-lain yang bersesuaian.

- Teori – Akan menjelaskan secara umum pengurusan dan pentadbiran serta kewangan kepada peserta oleh pegawai kami yang terlibat.

- Bengkel – Bengkel ini lebih kepada praktikal bagaimana penggunaan kewangan koperasi dan cara mewujudkan aturan-aturan tabung untuk menjalankan perniagaan. Pembahagian kumpulan perlu dilakukan bagi memastikan peserta lebih focus.

- Disamping itu, di dalam program/bengkel ini juga mempromosikan Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) yang boleh menjana pendapatan koperasi melalui PKS.

- Selain itu, kami juga akan menjemput koperasi atau syaraikat yang bekerjasama yang memperkenalkan produk koperasi sekolah dengan memberi ceramah atau lawatan terus ke kilang/syarikat.

 

e) Menjalankan perniagaan pembangunan koperasi sekolah melalui SBU unit bagi menambahkan pendapatan Bahagian.

- Mempromosikan produk-produk koperasi atau syarikat yang boleh memasuki ke pasaran sekolah yang tidak melanggar peraturan dasar kementerian.

- Pegawai akan mencari koperasi atau syarikat yang bersesuian untuk diberi kelulusan oleh pihak pengurusan.

- Menjalankan MOU bagi memastikan koperasi atau syarikat tidak menyalahi peraturan perniagaan pembangunan koperasi sekolah.

 

f) Memberi perkhidmatan langsung “one to one” melalui khidmat nasihat dari segi pengurusan, penbtadbiran, perniagaan dan kewangan koperasi sekolah yang memerlukan.

- Pegawai akan terus berjumpa dengan koperasi sekolah yang memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat terutama sekali di dalam SOP menjalankan perniagaan koperasi sekolah yang tidak melanggar peraturan.

 

g) Menghasilkan buku-buku pendidikan koperasi yang bersesuian dengan perkembangan Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia.

- Setakat hari ini, 9 buah buku telah dihasilkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat terutama Pengurus Besar dan Naib Presiden.

 

h) Memastikan perjalanan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) berjalan dengan lancar dan terancang bermula daripada awal tahun sehingga akhir tahun.

- Membincangkan, memperkasakan dan mengeluarkan Garis Panduan AKKS sebelum dihantar ke semua sekolah di seluruh Malaysia.

- Menerangkan AKKS disetiap program yang dilaksanakan dan dirancangkan.

- Menilai laporan AKKS untuk mencari koperasi sekolah yang terbaik mengikut negeri dan kebangsaan.

- Menjalankan majlis anugerah peringkat kebangsaan setiap tahun.

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN 

ENCIK ABU BAKAR BUSMAH
Pengurus  
Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi

Wisma Ungku A. Aziz (Tingkat 3),
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 
46798 Petaling Jaya, Selangor 
Telefon: +603 - 7800 7876 Faks: +603 - 7806 1506 E-mel: abubakarbusmah.angkasa@gmail.com

Klik di sini untuk muat turun senarai kakitangan Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi