Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA)

1. PERANAN & FUNGSI BAHAGIAN

- Pengurusan Lawatan Penanda Aras

- Jaringan Kerjasama Perniagaan & Pemasaran Produk-Produk Koperasi

- Latihan / Kursus / Bengkel / Seminar / Persidangan di luar negara dan anjuran BHEA

- Program Khidmat Masyarakat

2. OBJEKTIF BAHAGIAN: MEMPERLUASKAN PERKHIDMATAN UNTUK MERANGSANG & MEMBANGUN KOPERASI MELALUI BAHAGIAN HAL EHWAL ANTARABANGSA

i) Objektif Strategik: Malaysia Business Office (MBO)

- Untuk menggalakkan pertukaran-pertukaran teknikal dan bantuan dalam teknologi IT dalam bentuk bengkel dan latihan;

- Untuk menggalakkan perdagangan koperasi yang strategik melalui konsep 'Fair-trade' dan ‘Business to Business platform' melalui Internet;

- Untuk memindahkan pengetahuan teknikal dan pengurusan, terutama dalam bidang perniagaan 'Kitar Semula Sumber' dan perniagaan ‘Renewable Energy’;

- Untuk meningkatkan interaksi perniagaan dan pertukaran antara koperasi pengguna, insurans dan perbankan terutama dengan negara-negara di Timur tengah;

- Untuk menggalakkan pertukaran kebudayaan koperator belia dalam rantau ini.

ii) Objektif Strategik: ASEAN Cooperative Organization (ACO)

- Untuk menjalankan program pembangunan ekonomi dengan mewujudkan rangkaian perniagaan koperasi di kalangan anggota kerjasama ASEAN. Bantu memasarkan produk koperasi kecil dan sederhana di negara-negara ASEAN dan global

- Untuk melaksanakan program perkongsian yang boleh membantu masyarakat dari segi tanggungjawab sosial dan ekonomi, dengan menganjurkan seminar dan persidangan dan pertukaran kepakaran di kalangan koperasi negara-negara ASEAN.

3. STRUKTUR BAHAGIAN

Klik di sini untuk Struktur Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

4. PENCAPAIAN BAHAGIAN / SEKTOR

i) Jaringan Kerjasama Perniagaan & pemasaran Produk-Produk Koperasi

- Misi Perdagangan ke beberapa negara ASEAN iaitu Vietnam, Laos, Myanmar, Thailand dan Indonesia.

ii) Latihan / Kursus / Bengkel / Seminar / Persidangan / Webinar / Online Meeting

- Menguruskan latihan / kursus / bengkel / seminar / persidangan untuk wakil koperasi ke pelbagai negara antaranya Belgium, India, Turki, Korea, Jepun, Perancis, China dan      Argentina.

- Latihan / Kursus / Bengkel / Seminar / Persidangan / Webinar / Online Meeting peringkat antarabangsa di Malaysia.

- Kerjasama dengan pihak International Cooperative Alliance dan menjadi tuan rumah bagi penganjuran program Global Youth Forum on Cooperative Entrepreneurship 2020 pada 3 – 7 Februari di Kuching, Sarawak. 

- Penganjuran ASEAN Online Discussion ‘The Effect of MCO towards Cooperative in ASEAN Countries’ yang melibatkan beberapa negara iaitu Indonesia, Filipina, Singapore, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Laos.

iii) Pengurusan Lawatan Penanda Aras

- Menguruskan lawatan untuk beberapa koperasi iaitu:-

- Koperasi Tunas Muda, Sungai Ara ke Sweden

- Koperasi MRSM Taiping ke Korea

- Koperasi Koperasi SMK Kedurang Bintulu, Sarawak ke Indonesia

- Koperasi Pekebun-Pekebun Kecil Negeri Sembilan ke Korea

- Koperasi Konsumer Malaysia Berhad ke Thailand

- Koperasi Pelaburan Pekerja-pekerja KEJORA Kota Tinggi Berhad ke Turki

- SMK Jalan 3 Bangi ke Thailand

iv) Program Khidmat Masyarakat:

- Menjalankan program khidmat masyarakat ke Cambodia:

- Projek 1 juta tudung

- Projek Telaga

- Projek Kampung Wawasan 

5. VISI BAHAGIAN / SEKTOR

“Menghubungkan koperasi-koperasi Malaysia dengan koperasi-koperasi di peringkat Antarabangsa"

6. MISI BAHAGIAN / SEKTOR

- Penyertaan program-program yang dianjurkan oleh pihak International Cooperative Alliance.

- Bekerjasama dengan koperasi di peringkat antarabangsa bagi penganjuran program yang bersesuaian dengan koperasi-koperasi di Malaysia.

- Menganjurkan program yang melibatkan penyertaan koperasi Malaysia dan koperasi luar negara bagi tujuan membina rangkaian perhubungan.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

DR. NORAINI MOHAMAD
Pengurus Besar 
Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa 

Suite 307, Blok A
Glomac Business Centre
Jalan SS6/3, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor 
Telefon: +603 - 7803 0109 / +603 - 7884 6736 (Setiausaha) E-mel: international@angkasa.coop