Bahagian Audit Dalaman dan Khidmat Senggara

LATAR BELAKANG

Bahagian Audit Dalaman dan Khidmat Senggara merupakan bahagian yang baharu diwujudkan mulai Disember 2017 hasil penstrukturan semula ANGKASA. Bahagian ini menggabungkan Unit Audit Dalaman yang dahulunya di bawah Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus, dan dua unit lagi iaitu Unit Khidmat Senggara dan Unit Pemulihan yang dahulunya di bawah Bahagian Pembangunan Kepimpinan dan Modal insan Koperasi.

Pengurusan Bahagian Audit Dalaman dan Khidmat Senggara diketuai oleh seorang Pengurus Besar Bahagian, seorang Pengurus, tiga orang Penolong Pengurus dengan jumlah keseluruhan kakitangan seramai 50 orang di ibu pejabat dan beberapa pejabat cawangan ANGKASA yang dipecahkan kepada empat unit berasingan iaitu:-

~ Unit Audit Dalaman -  beroperasi di Bangunan Glomac, Kelana Jaya dan melapor terus ke Jawatankuasa Audit Dalaman.

~ Unit Khidmat Senggara -  beroperasi di Ibu Pejabat Kelana Jaya dan Pejabat Cawangan ANGKASA Negeri Kedah, Melaka, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

~ Unit Pemulihan - Dulu dikenali sebagai Unit PEKA beroperasi di Bangunan Glomac, Kelana Jaya, melapor kepada Jawatankuasa Teknikal Khidmat Pemulihan.

~ Unit Sokongan Pentadbiran - Unit baharu yang beroperasi di Bangunan Glomac, Kelana Jaya

JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN BAGI TAHUN 2018

VISI

Menjadi entiti sokongan yang efektif dan efisyen untuk memacu kecemerlangan ANGKASA dalam gerakan koperasi negara.

MISI

~ Memperkukuhkan tadbir urus ANGKASA melalui aktiviti-aktiviti pengauditan dalaman yang sistematik dan profesional.

~ Memperkukuhkan tadbir urus koperasi melalui aktiviti-aktiviti khidmat senggara perakaunan yang tepat dan cepat.

~ Membangunkan semula koperasi tidak aktif dan dorman melalui aktiviti-aktiviti khidmat nasihat dan bantuan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan, perakaunan dan kewangan, perundangan dan perniagaan.

PELAN STRATEGI BAHAGIAN

1. Pengauditan Pengurusan dan Kewangan ANGKASA yang Efektif dan Efisyen

- Melaksanakan pengauditan mengikut piawaian antarabangsa secara profesional dan bebas bagi menambah nilai dan mempertingkatkan tahap akauntabiliti operasi ANGKASA.

- Menghasilkan laporan audit dalaman yang berkualiti, adil dan saksama.

- Memastikan cadangan-cadangan audit dalaman yang diluluskan oleh JTK dilaksanakan oleh Pengurusan.

- Membangun sistem penarafan.

2. Pengukuhan Koperasi Melalui Perkhidmatan SPBA

- Melaksanakan penyelenggaran akaun koperasi dengan lebih tersusun melalui Sistem Pengurusan Berkomupter ANGKASA (SPBA) yang boleh disesuaikan dengan aktiviti-aktiviti seperti kewangan, perladangan, perumahan, perindustrian, pembinaan, pengangkutan, perkhidmatan, , insurans, pengguna, hartanah dan serbaguna.

- Membangunkan SPBA secara atas talian bagi meningkatkan lagi produktiviti koperasi dengan penghasilan maklumat lebih tepat dan cepat terutamanya dalam penyediaan akaun dan laporan.

3. Meluaskan Perkhidmatan ANGKASA kepada Kelompok Koperasi yang Paling Memerlukan

- Mengenal pasti dan membantu koperaasi tidak aktif dan dorman yang berpotensi untuk dipulihkan agar dapat beroperasi secara aktif kembali.

- Mewujudkan jaringan kerjasama erat antara koperasi yang telah dipulihkan dengan sektor-sektor dan subsidiari-subsidiari ANGKASA.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

TUAN HAJI ZOLKEFLI OTHMAN
Pengurus Besar 
Bahagian Audit Dalaman dan Khidmat Senggara

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Audit Dalaman dan Khidmat Senggara (Tingkat 4)
Suite 607, Tingkat 4, Glomac Business Centre 
Blok A, Jalan SS 6/1
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 
46798 Petaling Jaya, Selangor 
Telefon: +603 - 7803 0323 / +603 - 7803 0494 (Setiausaha) Faks: +603 - 7802 8274 E-mel: zolkefli.angkasa@gmail.com